Ahad, 8 November 2020

Agama di Negara Tamil Purba

Semasa zaman Sangam di Tamilagam (500 SM - 300 M), pelbagai agama wujud iaitu agama Saiva, Vaisnava, Buddha dan Jaina bersama dengan agama rakyat Tamil sendiri. Keluarga diraja Tamil sendiri ketika itu mengamalkan toleransi beragama dan secara terbuka menggalakkan perbincangan agama diadakan. Mereka turut menjemput guru-guru dari segenap aliran ke dewan awam untuk mengajarkan doktrin agama mereka kepada orang awam.

Agama Tamil

Agama-agama Tamil di sini merujuk kepada tradisi keagamaan dan amalan keagamaan masyarakat berbahasa Tamil. Bangsa Tamil merujuk kepada mereka yang berasal dari negara moden iaitu India dan di negeri Tamil Nadu serta bahagian utara serta timur Sri Lanka. Terdapat juga orang Tamil yang berada di luar sempadan negara asal mereka disebabkan oleh migrasi seperti di Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Afrika Selatan, Australia, Great Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Reunion, Mauritius dan negara Eropah. Kebanyakan masyarakat migran Tamil ini masih lagi mengekalkan unsur kebudayaan, bahasa dan tradisi keagamaan mereka yang boleh dijejaki sehingga zaman sebelum masihi.

  • Agama Tamil Purba
  • Kesucian Raja-Raja
  • Agama Hindu
  • Agama Jain
  • Agama Buddha
  • Agama Kristian
  • Falsafah Agama Tamil 

Sabtu, 27 Oktober 2018

Asas Bahasa Tamil


Berikut adalah nota bahasa Tamil. Belajar gunakan aksara bahasa Tamil terus. Tujuan aku buka halaman ini adalah untuk memahami cara berfikir gred 48 dan gred 52 di pejabat aku. Seksa sekali hidup aku ini. Bertabah sajalah.

  • Tarikh Buka: 28 Oktober 2018
  • Jam: 02.49
  • Sumber Gambar: Sangam Literature - These Tantalizing Tales Offer to a Window into Ancient Tamil Life, Ancient Origins, 12 June 2018 (online

Ahad, 21 Oktober 2018

Pustaka Lagu Kontemporari Tamil

Berikut dimasukkan rujukan untuk lagu-lagu kontemporari dalam bahasa Tamil supaya pelajar bahasa Tamil dapat mencari rujukan yang betul bagi pembelajaran bahasa Tamil mereka.

Music Mojo - Kappa TV
  • Ennavale - Arvind Venugopal (Youtube)
  • Pookal Pookum - Arvind Venugopal (Youtube)
  • Poovukkul Olinthirukkum - Arvind Venugopal (Youtube)
  • Va Kaadhal - Arvind Venugopal (Youtube)
Band Agam
  • Koothu - Mimpi untuk Diingati disampaikan oleh Harish (Youtube)
Shankar Tucker Music
  • Asai Mugam - Vidya Vox & Vandana Iyer (Youtube)
  • Nee Nenaindhal - Vidya Vox & Vandana Iyer (Youtube)
Lagu dari Filem
  • Yaar Ezhudiyadho - Thegidi (Youtube)
  • Needhane - Thegidi (Youtube)
  • Kannukkul Pothivaipen - Thirumanam Enum Nikah (Youtube)
  • Enthaaraa Enthaaraa - Thirumanam Enum Nikah (Youtube)
  • Ivan Vera Mathiri - Enna Marandhaen (Youtube)
  • Nenjukulle Nee - Vadacurry (Youtube)
  • Pookal Pookum - Madharasapattinam (Youtube)
  • Kangal Irandhal - Subramaniapuram (Youtube)
  • Naan Nee - Madras (Youtube)
  • Sara Sara Sara Kathu - Vaagai Sooda Vaa (Youtube)
  • Innum Konjam Neram - Mariyan (Youtube)
  • 96 Songs - The Life Of Ram (Youtube)  

Ahad, 29 Julai 2018

Dewata Rakyat Tamil


Dewata-dewata rakyat Tamil ini dikira sebagai grama devata atau penunggu kampung di negara-negara orang Tamil. Dewa-dewa ini tidak termasuk dalam kelompok dewa Vedic dan kitab suci Hindu yang disebut sebagai Agamas dalam bahasa Sanskrit. Dewa-dewa ini boleh ditemui di merata India Selatan seperti di Tamil Nadu dan Andhra Pradesh.

Dalam bahasa Tamil, dewa-dewa ini disebut sebagai Kaval Deivam atau semangat penunggu dan Kula Deivam atau dewa tempatan. Dewa-dewa ini biasanya dikaitkan dengan dewata utama yang umumnya dilingkungkan sebagai Kula Deivam oleh pelbagai kultus dan kelompok keluarga sebagai satu cara untuk mereka mengesan generasi tua mereka.

Perumah dan Sanggar

Kebanyakan dewata kampung ini mempunyai perumah atau sanggar yang dibina di sempadan atau hujung kampung sebagai wakil bagi penunggu kampung mereka. Oleh itu, mereka juga dirujuk sebagai dewata penghujung kampung.

Terdapat kira-kira 21 dewata bersekutu dan 61 dewata pelayan yang terletak sama ada dalam premis yang sama atau di tempat-tempat berbeza dalam kawasan kampung. Contohnya, dewi-dewi Amman boleh jadi dipasang di tengah kampung. Namun, dewata seperti Sonai, Sudalai atau dewata tanpa rupa Nadukkal boleh jadi dipasang berdekatan dengan perkuburan atau berdekatan dengan pusat peringatan terhadap mereka yang sudah meninggal dunia.

Dewata kampung ini sama ada diwakili oleh murti yang besar dan garang atau batu yang ringkas sahaja. Kebanyakan kuil pula adalah terbuka dan biasanya berupa kawasan pemujaan yang ringkas dan terhad. Senjata-senjata seperti trisula, lembing atau sabit juga dikaitkan dengan tempat pemujaan dewata-dewata ini.

Selain daripada itu, kita boleh melihat banyak kuda terracotta, gajah, patung tanah liat, burung dan loceng di tempat pemujaan. Hal ini adalah hampir serupa dengan kebudayaan di Tamadun Lembah Indus. Kebanyakan pedanda upacara adalah dari golongan pandaram. Mereka ini berasal dari keturunan tempatan yang diangkat sebagai generasi yang menjaga pusat agama sejak beberapa keturunan yang lampau.

Pada zaman purba, kebanyakan pedanda di negara-kota Tamil adalah dari golongan pandaram. Corak pemujaan mereka bersifat bukan Vedic dan disampaikan melalui ceritera rakyat, lagu-lagu rakyat dan kesenian tempatan seperti Villapattu, Karakattam, Kooththu dan lain-lain. Pedanda tempatan mungkin akan mempersembah bunga-bunga suci atau vibhuthi (abu suci) kepada pemuja dan memainkan peranan sebagai pawang atau oracle dalam upacara bersifat shamanism.

Kategori Dewata

Terdapat tiga jenis kategori dewata di negara-negara kota Tamil. Corak pemujaan di negara-negara kota Tamil ini kemudian dibawa oleh diaspora Tamil ke luar negara apabila mereka mengikut skim pemindahan migran pada zaman British pada lewat abad ke-19 M. Kategori-kategori dewata mereka adalah seperti berikut:
Lagenda-Lagenda Malapetaka

Lagenda-lagenda ini termasuklah mengenai kisah-kisah penganiayaan yang berlaku dalam masyarakat Tamil purba seperti kisah Kannagi dan kisah Nalla-Thangal. Dari kisah-kisah ini kemudian menimbulkan pemujaan yang bertujuan untuk memperingatkan masyarakat supaya jangan mengulangi kesilapan pada zaman lampau.

Kesucian dan tatasusila wanita sangat dititikberatkan dan diberikan perhatian dalam masyarakat Tamil. Perayaan seperti Chitra Pournami dirayakan dengan gegak gempita bagi memperingati wanita-wanita yang menjalani Sati dan juga wanita seperti Kannagi.

Kisah Nalla-Thangal dan seumpamanya mewakili keadaan di mana sokongan keluarga terhadap individu yang lemah itu membawa kepada kejadian bunuh diri dalam kalangan wanita dan kanak-kanak. Kisah-kisah sebegini mempunyai latarbelakang moral supaya masyarakat tidak mengulangi kesilapan seumpama ini.

Lanjut

Sabtu, 28 Oktober 2017

Kandhar Anubhūti


Bacaan ini merupakan karya seorang penyair Tamil bernama Mahākavi Tamil, Śrī Arunagiri Nātha. Ia dibaca ketika roh Śrī Arunagiri Nātha belum dijelmakan dengan tubuh manusia iaitu sejak ketika roh tersebut masih berada dalam tubuh seekor burung kakak tua. 

Syair-syair ini dikumpulkan dan dinyanyikan ketika tahun 1400-1500 M. Semua 51 ayat ini turut mempunyai bacaan Kappu, iaitu permohonan supaya dewa Ganea memberi restu kepada si pembaca dan semoga bacaannya itu sempurna. Setiap kekawin ini ditujukan untuk baginda dewa Skandha, dan kebanyakan bacaan itu mempunyai persamaan dua baris yang memuji Skandha, Baki dua baris lagi pula berbentuk permohonan supaya si pembaca dan pendengar diberi kebijaksanaan sebenar untuk mengatasi Maya.

Bacaan Kandhar Anubhūti ini merupakan sebentuk lipatan ksyair berfalsafah tinggi serta berbentuk kerohanian dengan nuansa mistik yang jelas dari Śrī Arunagiri Nātha. Beliau ini merupakan seorang pengikut dewa Skandha dan merupakan seorang susuhunan yang terkenal di Tamil Nadu.

Ia dipandang sebagai sastra mantra yang penting dan merupakan puncak mahkota bagi segala karya yang dihasilkan oleh Śrī Arunagiri Nātha kerana unsur-unsur kerohanian serta kedalaman falsafahnya.

Ayat-ayatnya sungguhpun pendek-pendek atau mungkin yang paling sedikit dalam karya tokoh agung ini, namun mesejnya itu sungguh halus sekali. Ia merupakan karya mengenai pencapaian rohani menurut pengalaman tokoh ini serta pengalaman beliau merasai-Nya. Terdapat beberapa suntingan juga telah diperbuat dalam 100 ayat sebelum ini dengan 49 daripadanya ditolak disebabkan ia merupakan penambahan oleh orang lain. Bukan hasil karya tokoh ini.

Skandha Anubhūti merujuk kepada pengalaman Śrī Arunagiri Nātha dengan pertemuan-pertemuan beliau dengan dewa Skandha, iaitu anakanda kerohanian bagi Betara Śiva Śankara. Ia merupakan pengalaman Śrī Arunagiri Nātha sendiri yang memberi petanda bahawa berlakunya penyatuan rohani beliau dengan Tuhan. Dewa Skandha turut digelar sebagai Shanmukha, Kartikei, Guhan, Velayudhan, Murugan, Subramanya dan lain-lain. Baginda merupakan adinda kepada dewa Ganeśa.

Karya ini sebenarnya mempunyai nilai falsafah Vedanta yang tinggi. Ia merupakan bentuk penceritaan Sakatkāra atau pengalaman terus seseorang penganut.

Kekawin: Ketik di sini untuk membaca terjemahan
Bacaan: Śrī Dharma Pura Swami Nāth 
Penyebar bacaan: Tuan Varada Rajalu Baya

Ahad, 24 September 2017

Bahasa Tamil

Silakan akses pembelajaran bahasa Tamil yang menggunakan medium berbahasa Melayu. Diharapkan ia dapat digunakan untuk kemudahan pelajar bahasa Tamil yang berbahasa Melayu. 
  • Koleksi Pelajaran Bahasa Tamil Brahmin
Belajar Tulisan Bahasa Tamil

Sabtu, 23 September 2017

Tradisi Smartha


Tradisi ini adalah salah satu gerakan dalam agama Hindu yang berkembang dan tersebar dengan genre sastera Purana.

Agama Purana ini dikenali menerusi pemujaan dalaman lima sanggraha dengan lima dewata yang diberikan kebaktian serupa iaitu:
  • Śiva, dewa pemusnah dan pencetus
  • Śakti, dewi jagat
  • Gaṇeśa, dewa pemecah halangan
  • Viṣṇu, dewa pelindung
  • Surya, dewa matahari
Tradisi ini berlawanan pula dengan tradisi yang lebih tua iaitu tradisi Śrauta yang lebih bertumpu kepada upacara-upacara yang panjang lebar. Selain daripada itu, terdapat beberapa pertindihan buah fikiran dan amalan antara tradisi ini dengan pergerakan-pergerakan agama dalam kehinduan seperti pergerakan Śaiva, Vaiṣṇava dan Śakta. - Baca lanjut.
Pantang Larang
  • Matahari, api, sungai dan kolam serta adab sopan
Gambar: Śrī Kanchi Paramacarya, Yang Dihormati Tuan Saraswati Chandraśekhara