Agama Hindu Tamil

 

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis aliran dalam agama orang Hindu yang dianuti oleh masyarakat Tamil. Walau bagaimanapun, masyarakat Tamil yang Hindu di India, Sri Lanka, Malaysia, Singapura dan lain-lain umumnya menganuti tradisi Śaiva Siddhānta. Aliran ini adalah cawangan ranting bagi Saivisme yang berpegang kepada falsafah duaan yang mana matlamat terakhirnya adalah untuk mencapai jiwa yang cerah menerusi restu Bhatara Śiva. Upacara umum, pandangan semesta dan pandangan keagamaan mereka dipetik dari kitab suci agama dan veda-veda.

Tradisi ini pernah diamalkan di serata benua kecil India. Walau bagaimanapun, penjarahan Muslim di India Utara menyebabkan aliran ini terhad di selatan benua kecil India sahaja. Ia kemudian bergabung dengan pergerakan Tamil Saiva yang menerbitkan syair-syair bhakti karangan para Nayanmar. Konteks sejarah inilah yang menyebabkan tradisi ini dianggap sebagai tradisi 'selatan' dan masih hidup sehingga sekarang. Himpunan lagu-lagu suci Thirumurai, Saivagama dan Meikandha atau Sastera Siddhanta membentuk rujukan utama bagi orang Tamil yang menganuti aliran ini.