Kuil Dewata Penunggu Kampung

Dewata ini selalu ditemui di hujung kampung. Tanggungjawab pemeliharaan kuil yang dibangunkan untuk dewata ini biasanya diambil oleh seluruh penduduk kampung. Dipercayai bahawa dewata ini mampu menghalau setan dari masuk ke kampung mereka.

Sesetengah sanggar dibina di lebuhraya bagi menarik kenderaan di jalanan berhenti bagi menjalankan pemujaan untuk keselamatan sebelum memulakan perjalanan jauh.

Kuil-kuil ini biasanya adalah kuil terbuka dan tidak dibangunkan dengan gopuran seperti kuil biasa di setengah kampung seperti di Sholanganallur dan Puthur di wilayah Thiruchi yang membangunkan kuil bergopuram untuk dewata penunggu Kulumayee Amman dan Ondi Karuppanasamy.

Tugu dewata memegang senjata seperti panah dan busur, pedang, pisau, lembing dan lain-lain turut dibangunkan dan dipasang di kuil-kuil itu. Terdapat juga tugu dewi-dewi dan tugu mergasatwa di kuil-kuil tersebut.