Proses Asimilasi Dewata Vedic dengan Dewata Tempatan

Kategori ketiga mengandungi karakter-karakter yang jarang dibicarakan dalam cetera-cetera agung seperti Ramayana dan Mahabharata. Contohnya, terdapat banyak kuil di utara Tamil Nadu yang didirikan untuk Draupadi (Panchali) dan Dharmaraja (Yudhishthira). Kuil yang didirikan untuk Gandhari (ibu kepada golongan Kauravas), Kunti (ibu kepada golongan Pandavas) dan Aravan (anakanda kepada Arjuna dengan puteri Ulupi, puteri ular) juga boleh ditemui di Tamil Nadu.

Bangsa Vedic dan bangsa bukan Vedic berasimilasi sesama sendiri. Pedanda Vedic mengikut falsafah 'biar ilmu itu datang dari segenap penjuru alam semesta' manakala pedanda bukan Vedic mengikut falsafah 'setiap orang itu adalah orang kita juga dan setiap tanah itu juga adalah tanah kita sendiri'.

Walaupun terdapat ciri yang pelbagai antara tradisi Vedic dan tradisi setempat, pelbagai komuniti turut menerima dewata-dewata ini yang diterjemahkan menerusi pandangan alam mereka sendiri. Mereka mencetuskan pelbagai sthalapurana yang menekankan hubungan antara dewa-dewi dari pelbagai tradisi berbeza. Contohnya, dewa Kuttandavar dipuja di pelbagai bahagian di Tamil Nadu terutamanya di daerah Arcot Selatan. Rupanya terdiri daripada kepala sepeti topeng besar dengan muka empat persegi dan bertaring seperti singa. Menurut lagenda tercetusnya Kuttandavar adalah dari dosa dewa Indra yang membunuh seorang pedanda Vedic. Dosa ini menyebabkan baginda terjelma menjadi Kuttandavar. Baginda disumpah hanya tinggal kepala sahaja dan tidak mempunyai badan. Cetera-cetera jenis ini mestilah diperiksa dengan teliti kerana dewata sebegini diangkat menjadi kuladevata oleh mereka yang dianiayai dan terbuang. Dalam keadaan ini, mereka turut mengubah struktur dewata ini ke dalam rupa yang jatuh martabat atau rupa disumpah.

Dewata popular yang berevolusi mengikut peredaran zaman adalah seperti dewi Mariamman. Dewata ini dipuja dengan pujaan-pujaan yang condong kepada pengaruh upacara Vedic. Dewi ini digambarkan memakai kalungan tengkorak. Pada zaman moden, kalungan tengkorak ini digantikan dengan kalungan limau nipis. Rupanya yang menakutkan diubah menjadi menyenangkan hati. Kadang-kala penstrukturan semula ini membawa kepada jatuhnya martabat dewata tertentu. Apabila mereka menekankan kesucian dewata vedic, maka dewata dalam tradisi tempatan pun dinafikan kesuciannya. Dewata dalam tradisi tempatan digambarkan sebagai dewata pemantau atau dewata pemerhati dewata dalam agama kitab suci vedic atau dewata tempatan ini dipuja sebagai dewata yang mampu membawa penyembuhan kepada penyakit wabak di rantau tersebut.

Proses inclusivism ini boleh dilihat dalam kuil-kuil terkenal yang dibangunkan untuk dewata dalam agama tempatan. Sebagai contoh, pertambahan penganut yang berkunjung ke kuil-kuil Samayapuram, Punnainallur, Vazhangaiman dan Mariamman membantu dalam memperkukuh kedudukan kewangan di negeri Tamil. Kuil-kuil ini menguasai masa pemujaan dan juga pelbagai lagi upacara. Selain itu, tradisi Kumbabisekam juga diperkenalkan. Sebagai tambahan juga, dewi Mariamman dijatuhkan martabat sebagai dewi Suddhadevata atau dewata bukan vegetarian. Berkenaan dengan kuil-kuil tradisi tempatan yang dibangunkan untuk dewata Vinayagar, Murugan, Iyappan dan lain-lain, dewata ini semua digantikan dengan dewata tempatan seperti Aiyanar, Mathurai Veeran dan Karuppanasamy. Penduduk tempatan di negeri Tamil mula mengikut beberapa adat istiadat dan sikap upacara penganut vedic untuk mempertingkat kedudukan ssosial mereka dan hal ini mula menyebabkan kepelbagaian dalam kalangan orang Hindu mula terhakis.