Dewata Penunggu Kampung

Dewata kampung di Tamil Nadu mempunyai banyak kisah-kisah yang menjadi latarbelakang kemunculan mereka. Dewata yang menjadi penunggu kampung adalah seperti berikut.

Dewi Sakti
  • Angala Parameswari Amman atau Angalamman - Adhi Sakti yang membawa maksud rupa awal bagi dewi Parvati serta asal terbitnya Mel Malaya Noor.
  • Veera Maha Kali - Dewi peperangan dan kekuasaan
  • Kulu Mayee Amman Ellai Pidari Amman - Pujaan di Kampung Sholanganallur dan Kampung Puthur di Daerah Tiruchi
  • Maha Kali Amman - Pujaan di Kampung Sholanganallur
  • Kaateri Amman - Pontianak
  • Kali Amman - Dewi  yang dianggap pengawal bagi penyakit Taun. Baginda dikaitkan dengan daun Semambu atau daun Neem.
  • Mari Amman - Dewi pengawal penyakit seperti cacar dan nanah. Dalam bahasa Tamil, perkataan maari membawa maksud hujan. Disebabkan hujan menyejukkan kawasan panas dan melindungi orang ramai dari penyakit musim panas yang berjangkit, maka penduduk kampung pun memuja dewi hujan sebagai Mari Amman.
  • Periyachi Amman - Dewi pelindung kanak-kanak dan ibu.
  • Sri Poovadakari Amman
  • Ellai Amman atau Ellai Maari Amman - Dewi yang dipuja di kampung-kampung dan diwakili oleh batu penanda yang menandakan sempadan antara dua kampung. Pada zaman dulu, orang ramai akan berhenti rehat di batu-batu ini untuk menghilangkan lelah, maka mereka pun memuja batu-batu ini untuk perjalanan yang selamat. Oleh itu, batu-batu ini mencapai kedudukan sebagai wakil dewa dan dewi penunggu kampung.
  • Thottichi Amman - Dewi ini dipercayai adalah penjelmaan terus dewa Siva sendiri tanpa Sakti.
Terdapat banyak sekali unsur alam yang mempunyai dewi Sakti  dipuja oleh masyarakat Tamil dalam rupa Amman atau Ibunda.
 
Dewa Penunggu
  • Pavadairayan - Anakanda kepada Dewi Angala Parameswari Amman yang menjadi pelindung keluarga di sesebuah kampung. Baginda adalah Sannidhi bagi setiap Kuil Angala Parameswari. Baginda menjadi asal-usul bagi Mel Malaya Noor dan dipuja di sebelah utara Tamil Nadu seperti di Vizhuppuram, Cuddalore, Pondicherry, Tanjore, Chennai dan lain-lain. 
  • Ayyanar - Dikenali sebagai dewa Shasta yang turut dipuja oleh komuniti Sinhala di Sri Lanka dan komuniti Malayali di Kerala. Dewa ini adalah terbitan antara gabungan jelmaan wanita dewa Vishnu dengan dewa Siva.
  • Muniappan - Dewa pelindung mereka yang tidak bersalah serta menjadi dewa di Ramapuram, Cuddalore.
  • Mathurai Veeran - Dewa Pelindung Kota Madurai
  • Wondi Karuppanna Sami - Dewa penunggu di kampung Shollanganallur dan kampung Puthur di Daerah Tiruchi
  • Karuppanaar Swamy - Dewa ini mempunyai banyak nama dan dikaitkan dengan kegelapan dan waktu malam.
  • Sudalai Maadan Swamy - Dewa penunggu di tapak pengebumian.
  • Muniandi - Dewa-dewa yang berperanan sebagai pembantu dewa Siva dan dewi Sakti. Mereka boleh jadi mereka yang sudah meninggal dunia terdiri daripada raja-raja, kesatria atau orang alim yang sudah mencapai status muni.
  • Sri Pada Muthu Swami - Dewa di Inam Karisal Kulam.
  • Thambran - Dewa pelindung keluarga di Tamil Nadu.