Thiruvizha

Dasawarsa ini, thiruvizha atau perayaan kuil bagi dewata Sammakka Saralamma di negeri Telengana menjadi begitu terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Perayaan ini merupakan perayaan puak yang terbesar sekali di dunia. Suku kaum Telugu dan suku kaum Marathi di sebelah akan memuja dewata Sammakka dan Saralamma.

Perayaan ini memberikan bayangan kepada pemujaan dewata bangsa Dravidia yang bukan sahaja terkenal di negeri Tamil, tetapi juga di negeri Andhra Pradesh, Telengana dan negeri-negeri India Selatan lain.

Semasa bulan Masi dan Panguni mengikut kalender Tamil, perayaan Kulumayee Amman ini dirayakan di kampung Puthur dan kampung Sholanganallur di daerah Thiruchi, negeri Tamil. Pada ketika itu, Marulali di kampung itu akan menghirup darah kambing dengan restu Ondi Karuppu.

Thiruvizha mengikut Bulan

Thiruvizha akan dirayakan juga di kuil-kuil pada bulan-bulan berikut:

  • Kartigei untuk perayaan Sokka Paanai semasa Kartigei Theepam
  • Thai untuk perayaan Thaipoosham dan Makara Jothi untuk dewa Ayappan
  • Masi untuk perayaan Masi Kalari bagi malam Sivarathri
  • Panguni untuk perayaan Panguni Uthiram yang dianggap sebagai hari bertuah penjelmaan dewa Ayyanar
  • Aadi untuk perayaan Aadi Perukku
  • Vaigasi untuk perayaan Vaigasi Vishagam
Umumnya,  perhimpunan besar-besaran bersama keluarga akan diaturkan ketika musim bunga untuk tempoh dua sehingga tiga hari. Untuk perhimpunan tahunan pula, tradisi menyatakan bahawa perayaan bermula dengan pengibaran bendera dan mengikat "kappu". Pada ketika itu, orang kampung pantang keluar dari kampung ke kampung lain atau berjalan masuk ke kampung orang lain.

Mayanai Poojai

Mayana Poojai umumnya diamalkan pada tengah malam semasa pemujaan Irulappasamy atau Sadalaisamy. Dalam perayaan Theru Koothu dan Villu Pathu, tarian Koothu akan dijalankan di theru atau jalanan. Penari Koothu akan menari dan menyanyi nyanyian yang mengandungi ajaran moral. Melalui amalan ini, penduduk kampung dapat belajar pantang larang dalam masyarakat. Perkara sebegini adalah media penyampaian ajaran kepada orang ramai.

Pemujaan Karuppusamy

Mereka yang percaya kepada Tuhan akan bersetuju dengan perhimpunan jawatankuasa kampung yang mengeluarkan sebarang keputusan melalui perbincangan. Penduduk kampung percaya bahawa dewa Karuppusamy adalah rupa Tuhan yang datang dalam bentuk manusia bagi meramalkan masa depan. Kepercayaan ini digelar sebagai Arulvaagu di beberapa tempat di negeri Tamil. Isu-isu sosial akan dibincangkan melalui Kodangi atau peramal nasib kuil. Mereka dianggap sebagai suara bagi dewa Karuppusamy. Dewa Karuppusamy akan membantu dalam permasalah sosial, kebudayaan dan psikologi masyarakat Tamil serta memberikan jalan semasa upacara dijalankan.

Pemujaan Angamma

Dewi Angamma atau Angalamman atau Angala Parameswari turut dipuja di negeri Tamil, Andhra dan Karnataka. Nama ini terbit dari nama Angali dan Kali. Dewi ini dianggap sebagai ibunda kepada Trimurthi. Bahagian terpenting dalam pemujaan ini adalah Angamma Kolupu iaitu pemujaan tengah malam yang dijalankan dengan lukisan rangoli terdiri daripada tepung, serbuk kunyit, kumkum, arang dan lain-lain.

Pada penghujung pemujaan ini, penganut akan menyembelih seekor kambing. Devara Kolupu atau Veerla Kolupu akan dijalankan oleh orang tertentu atau oleh seluruh ahli masyarakat. Semasa pemujaan ini, penyanyi akan membaca cetera sejarah pahlawan Tamil yang menjadi nenek moyang penduduk.