Memaparkan catatan dengan label tamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tamil. Papar semua catatan

Ahad, 8 November 2020

Agama di Negara Tamil Purba

Semasa zaman Sangam di Tamilagam (500 SM - 300 M), pelbagai agama wujud iaitu agama Saiva, Vaisnava, Buddha dan Jaina bersama dengan agama rakyat Tamil sendiri. Keluarga diraja Tamil sendiri ketika itu mengamalkan toleransi beragama dan secara terbuka menggalakkan perbincangan agama diadakan. Mereka turut menjemput guru-guru dari segenap aliran ke dewan awam untuk mengajarkan doktrin agama mereka kepada orang awam.

Agama Tamil

Agama-agama Tamil di sini merujuk kepada tradisi keagamaan dan amalan keagamaan masyarakat berbahasa Tamil. Bangsa Tamil merujuk kepada mereka yang berasal dari negara moden iaitu India dan di negeri Tamil Nadu serta bahagian utara serta timur Sri Lanka. Terdapat juga orang Tamil yang berada di luar sempadan negara asal mereka disebabkan oleh migrasi seperti di Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Afrika Selatan, Australia, Great Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Reunion, Mauritius dan negara Eropah. Kebanyakan masyarakat migran Tamil ini masih lagi mengekalkan unsur kebudayaan, bahasa dan tradisi keagamaan mereka yang boleh dijejaki sehingga zaman sebelum masihi.

  • Agama Tamil Purba
  • Kesucian Raja-Raja
  • Agama Hindu
  • Agama Jain
  • Agama Buddha
  • Agama Kristian
  • Falsafah Agama Tamil 

Sabtu, 27 Oktober 2018

Asas Bahasa Tamil


Berikut adalah nota bahasa Tamil. Belajar gunakan aksara bahasa Tamil terus. Tujuan aku buka halaman ini adalah untuk memahami cara berfikir gred 48 dan gred 52 di pejabat aku. Seksa sekali hidup aku ini. Bertabah sajalah.

  • Tarikh Buka: 28 Oktober 2018
  • Jam: 02.49
  • Sumber Gambar: Sangam Literature - These Tantalizing Tales Offer to a Window into Ancient Tamil Life, Ancient Origins, 12 June 2018 (online

Ahad, 21 Oktober 2018

Pustaka Lagu Kontemporari Tamil

Berikut dimasukkan rujukan untuk lagu-lagu kontemporari dalam bahasa Tamil supaya pelajar bahasa Tamil dapat mencari rujukan yang betul bagi pembelajaran bahasa Tamil mereka.

Music Mojo - Kappa TV
  • Ennavale - Arvind Venugopal (Youtube)
  • Pookal Pookum - Arvind Venugopal (Youtube)
  • Poovukkul Olinthirukkum - Arvind Venugopal (Youtube)
  • Va Kaadhal - Arvind Venugopal (Youtube)
Band Agam
  • Koothu - Mimpi untuk Diingati disampaikan oleh Harish (Youtube)
Shankar Tucker Music
  • Asai Mugam - Vidya Vox & Vandana Iyer (Youtube)
  • Nee Nenaindhal - Vidya Vox & Vandana Iyer (Youtube)
Lagu dari Filem
  • Yaar Ezhudiyadho - Thegidi (Youtube)
  • Needhane - Thegidi (Youtube)
  • Kannukkul Pothivaipen - Thirumanam Enum Nikah (Youtube)
  • Enthaaraa Enthaaraa - Thirumanam Enum Nikah (Youtube)
  • Ivan Vera Mathiri - Enna Marandhaen (Youtube)
  • Nenjukulle Nee - Vadacurry (Youtube)
  • Pookal Pookum - Madharasapattinam (Youtube)
  • Kangal Irandhal - Subramaniapuram (Youtube)
  • Naan Nee - Madras (Youtube)
  • Sara Sara Sara Kathu - Vaagai Sooda Vaa (Youtube)
  • Innum Konjam Neram - Mariyan (Youtube)
  • 96 Songs - The Life Of Ram (Youtube)  

Sabtu, 28 Oktober 2017

Kandhar Anubhūti


Bacaan ini merupakan karya seorang penyair Tamil bernama Mahākavi Tamil, Śrī Arunagiri Nātha. Ia dibaca ketika roh Śrī Arunagiri Nātha belum dijelmakan dengan tubuh manusia iaitu sejak ketika roh tersebut masih berada dalam tubuh seekor burung kakak tua. 

Syair-syair ini dikumpulkan dan dinyanyikan ketika tahun 1400-1500 M. Semua 51 ayat ini turut mempunyai bacaan Kappu, iaitu permohonan supaya dewa Ganea memberi restu kepada si pembaca dan semoga bacaannya itu sempurna. Setiap kekawin ini ditujukan untuk baginda dewa Skandha, dan kebanyakan bacaan itu mempunyai persamaan dua baris yang memuji Skandha, Baki dua baris lagi pula berbentuk permohonan supaya si pembaca dan pendengar diberi kebijaksanaan sebenar untuk mengatasi Maya.

Bacaan Kandhar Anubhūti ini merupakan sebentuk lipatan ksyair berfalsafah tinggi serta berbentuk kerohanian dengan nuansa mistik yang jelas dari Śrī Arunagiri Nātha. Beliau ini merupakan seorang pengikut dewa Skandha dan merupakan seorang susuhunan yang terkenal di Tamil Nadu.

Ia dipandang sebagai sastra mantra yang penting dan merupakan puncak mahkota bagi segala karya yang dihasilkan oleh Śrī Arunagiri Nātha kerana unsur-unsur kerohanian serta kedalaman falsafahnya.

Ayat-ayatnya sungguhpun pendek-pendek atau mungkin yang paling sedikit dalam karya tokoh agung ini, namun mesejnya itu sungguh halus sekali. Ia merupakan karya mengenai pencapaian rohani menurut pengalaman tokoh ini serta pengalaman beliau merasai-Nya. Terdapat beberapa suntingan juga telah diperbuat dalam 100 ayat sebelum ini dengan 49 daripadanya ditolak disebabkan ia merupakan penambahan oleh orang lain. Bukan hasil karya tokoh ini.

Skandha Anubhūti merujuk kepada pengalaman Śrī Arunagiri Nātha dengan pertemuan-pertemuan beliau dengan dewa Skandha, iaitu anakanda kerohanian bagi Betara Śiva Śankara. Ia merupakan pengalaman Śrī Arunagiri Nātha sendiri yang memberi petanda bahawa berlakunya penyatuan rohani beliau dengan Tuhan. Dewa Skandha turut digelar sebagai Shanmukha, Kartikei, Guhan, Velayudhan, Murugan, Subramanya dan lain-lain. Baginda merupakan adinda kepada dewa Ganeśa.

Karya ini sebenarnya mempunyai nilai falsafah Vedanta yang tinggi. Ia merupakan bentuk penceritaan Sakatkāra atau pengalaman terus seseorang penganut.

Kekawin: Ketik di sini untuk membaca terjemahan
Bacaan: Śrī Dharma Pura Swami Nāth 
Penyebar bacaan: Tuan Varada Rajalu Baya

Ahad, 24 September 2017

Bahasa Tamil

Silakan akses pembelajaran bahasa Tamil yang menggunakan medium berbahasa Melayu. Diharapkan ia dapat digunakan untuk kemudahan pelajar bahasa Tamil yang berbahasa Melayu. 
  • Koleksi Pelajaran Bahasa Tamil Brahmin
Belajar Tulisan Bahasa Tamil

Sabtu, 23 September 2017

Tradisi Smartha


Tradisi ini adalah salah satu gerakan dalam agama Hindu yang berkembang dan tersebar dengan genre sastera Purana.

Agama Purana ini dikenali menerusi pemujaan dalaman lima sanggraha dengan lima dewata yang diberikan kebaktian serupa iaitu:
  • Śiva, dewa pemusnah dan pencetus
  • Śakti, dewi jagat
  • Gaṇeśa, dewa pemecah halangan
  • Viṣṇu, dewa pelindung
  • Surya, dewa matahari
Tradisi ini berlawanan pula dengan tradisi yang lebih tua iaitu tradisi Śrauta yang lebih bertumpu kepada upacara-upacara yang panjang lebar. Selain daripada itu, terdapat beberapa pertindihan buah fikiran dan amalan antara tradisi ini dengan pergerakan-pergerakan agama dalam kehinduan seperti pergerakan Śaiva, Vaiṣṇava dan Śakta. - Baca lanjut.
Pantang Larang
  • Matahari, api, sungai dan kolam serta adab sopan
Gambar: Śrī Kanchi Paramacarya, Yang Dihormati Tuan Saraswati Chandraśekhara

Ahad, 16 April 2017

Tradisi Siddha Tamil


Bagi kebanyakan masyarakat Tamil yang majoritinya menganuti ajaran dewa Siva dari aliran Siva Siddhanta, Siddha ini merujuk kepada mereka yang mengamalkan Sadhana yang tidak ortodoks atau amalan memutuskan rantai pengikat jiwa dengan cara yang heterodoks. 

Melalui amalan yoga, mereka memperolehi Siddhi atau kesaktian. Yoga ini adalah bentuk-bentuk amalan zuhud yang melibatkan teknik pernafasan, teknik pemakanan yang betul dan gaya hidup yang tidak bercanggah dengan hukum alam. Orang yang mencapai Siddhi digelar sebagai Siddha.  Siddha dalam tamadun di benua kecil India ini boleh dibandingkan dengan mistik dalam tamadun di benua Eropah. Siddha dipercayai mampu mengawal dan melepasi sekatan masa serta ruangan melalui amalan yoga mereka. Penggunaan bahan-bahan yang digelar sebagai rasayana pula bertujuan untuk mengubah bentuk tubuh mereka dan menjadikannya berpotensi untuk tidak mati. Selain itu, mereka turut menjalani amalan pranayama tertentu. Baca lanjut.

Resi Agasthya dikenalpasti sebagai salah seorang daripada tujuh maharesi yang menurunkan ilmu dan tradisi Siddha kepada masyarakat umum. Abhidhana Cintamani menyatakan bahawa tradisi Tamil mengenalpasti seramai sembilan (9) orang atau 18 orang Siddha. Namun, Resi Agastya mengujarkan bahawa ramai lagi Siddha wujud sebelum munculnya 9 atau 18 orang resi tersebut. Rujuk senarai Siddha dalam tradisi Tamil.

Siddha-siddha biasanya mempunyai kesaktian Astamasiddhi atau lapan siddhi agung seperti yang dipunyai oleh Hanuman. Kebanyakan Siddha pun memperolehi ilmu dari dewa Siva.

Rujuk: Jalan hidup Siddha  

Jumaat, 13 Mac 2015

Bahasa Tamil Permulaan


Isi Kandungan

Sila klik di tajuk yang telah ditebalkan untuk mengakses pembelajaran:

Huruf-Huruf Bahasa Tamil
Perkataan-Perkataan Ringkas
Kata Nama
Kata Kerja
Kata Ganti Diri

Sumber Gambar: Chota Peelea Auto
Sumber Rujukan:
  • Bahasa Tamil dalam 30 Hari; National Language Integration Series; N. Jegtheesh
Pengumpul: N. S. V.
Mula Projek: Śanivāra; 23 Phalguna 1936 T.S bersamaan 14 Mac 2015

Sejarah Tamil Nadu


Rantau Tamil Nadi di Republik India moden ini, sudah pun dihuni oleh manusia sejak era prasejarah lagi iaitu dari sekitar 15,000 SM - 10,000 SM. Sepanjang perjalanan sejarahnya, dari zaman Paleolitik awal sehingga kini, rantau ini wujud bersama dengan pelbagai budaya luar. Kecuali, untuk tempoh yang sekejap dalam sejarahnya, rantau Tamil bebas dari pendudukan luar.

Tiga empayar Tamil purba yang sudah muncul lama dulu adalah seperti:
Mereka memerintah bersama di Tanah Tamil, mengamalkan budaya yang unik dan bahasa Tamil serta menyumbang kepada tradisi sastera tertua di dunia. Mereka turut mempunyai perhubungan dagangan meluas di lautan dengan empayar Romawi. Ketiga-tiga dinasti Tamil ini sering bersaing untuk merebut penguasaan tertinggi di negara Tamil. 

Penaklukan dinasti Kalabhra yang berlaku sekitar abad ke-3 M telah mengganggu susunan tradisi di situ dan menyingkirkan ketiga-tiga dinasti sebelumnya. Mereka digulingkan oleh dinasti Pandya dan dinasti Pallava, yang mengembalikan semula kekuasaan dinasti-dinasti lama. Dinasti Chola pula muncul semula dari kekabutan sekitar abad ke-9 M. Mereka mengalakan dinasti Pallava dan Pandya. Seterusnya muncul sebagai empayar terbesar meliputi seluruh semenanjung selatan India. Di kegemilangannya, empayar Chola meliputi keluasan hampir 3,600,000 km² (1,389,968 sq mi) menjajari Teluk Bengal. Empayar Chola turut menjajahi empayar Śrīvijaya di kepulauan selatan.

Situasi politik berubah dengan pantasnya di seluruh benua kecil India berikutan kemasukan tentera-tentera Muslim dari barat daya dan kemunduran ketiga-tiga dinasti Tamil tersebut berlaku sekitar abad ke-14 M. Negara Tamil pun diserap menjadi sebahagian daripada empayar Vijayanagara. Menerusi empayar ini, kelompok gabenor Nayaka yang berbahasa Telugu memerintah sehingga kemunculan syarikat-syarikat perdagangan Eropah sekitar abad ke-17 M, akhirnya menyapu hampir keseluruhan pemerintahan tempatan di situ.

Kepresidenan Madras, meliputi hampir keseluruhan India Selatan diwujudkan dalam abad ke-18 M dan diperintah terus oleh British. Selepas kemerdekaan India, dan selepas pemisahan rantau Telugu, Kannada, Tulu dan Malayalam dari negeri Madras pada 1956, ia dinamakan semula sebagai Tamil Nadu pada 1969 oleh kerajaan negeri.

Jumaat, 23 Januari 2015

Bahasa Tamil Madras


Bahasa Madras atau Madras bashai merupakan sejenis bahasa Tamil basahan yang dituturkan sekitar Chennai. 

Perkataan bashai terbit dari pinjaman dari bhasha, bahasa Sanskrit. Seperti bahasa Hindi Bombay yang digunakan di Mumbai, bahasa Madras ini merupakan bentuk bahasa Tamil rojak yang bercampur dengan bahasa Inggeris India, bahasa Telugu, dan bahasa Hindustan. Ia popular dalam kalangan penunggang tuktuk dan nelayan dari utara Chennai.

Bahasa ini dirujuk dalam bahasa Tamil Standard sebagai சென்னைத் தமிழ் Chennai Tamizh atau bahasa Tamil Chennai. Ia berevolusi rancak seja tiga abad lalu. Ia bertumbuh seiring dengan perkembangan kota kosmopolitan Madras. Selepas bahasa ini terkenal di Madras, ia mula menjadi sumber bagi satira dalam filem-filem Kollywood awal tahun 1950-an dengan rupa permainan kata dan makna bertindih. Generasi seterusnya di Chennai pun terbiasa dengannya dan turut menyerap susunan tatabahasa Inggeris sehingga bahasa tersebut menjadi seperti hari ini.

Disebabkan oleh penghijrahan dan pertukaran budaya, istilah-istilah dari bahasa ini turut digunakan kadang-kala di pekan-pekan dan bandar-bandar lain di India Selatan.

Evolusi

Madras diasaskan pada 1640 oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris dan muncul sebagai kota terpenting dalam empayar British serta menjadi ibukota bagi presidensi Madras. 

Hubungan dengan empayar British menyebabkan berlakunya penyerapan perbendaharaan kata bahasa Inggeris ke bahasa Tamil di Chennai. Perkataan-perkataan bahasa Inggeris tersebut diperkenal oleh kelompok penghijrah kelas pertengahan berpendidikan dari jati Brahmin Tamil kerana mereka memang banyak menggunakan bahasa Inggeris.

Disebabkan oleh kehadiran populasi berbahasa Hindustan di Chennai seperti kelompok orang Gujerat, orang Marwar dan komuniti Muslim India Utara, perkataan bahasa Hindustan turut terserap dalam bahasa ini.

Menjelang abad ke-20 M, bahasa Tamil yang dituturkan oleh orang Brahmin Tamil di kota Madras dianggap sebagai bahasa baku untuk pertuturan bahasa Tamil. Walaupun kini, loghat bahasa Tamil Tengah dan loghat bahasa Tamil Madurai lebih disukai namun, perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang diperkenal pada awal abad ke-20 M tetap dikekalkan.

Industri Perfileman

Bahasa Madras diguna dalam dialog-dialog filem Tamil selepas 1950-an. Contoh pelakon yang menggunakan bentuk bahasa Tamil ini adalah seperti:
  • Chandrababu
  • Manorama
  • Loose Mohan
  • Thengai Srinivasan
  • Janagaraj
  • Cho Ramaswamy
  • Kamal Haasan 
Filem-filem yang menggunakan bentuk bahasa ini seperti:
  • Maharasan
  • Michael Madana Kama Rajan
  • Vasool Raja MBBS
  • Pammal K. Sambandam
  • Chennai 600028
  • Attakathi, Idharkuthane Aasaipattai Balakumara
  • Madras
  • Kasethan Kadavulada.

Selasa, 9 September 2014

Huruf-Huruf Bahasa Tamil


Asas

Aksara Terbuka
Contoh Ejaan Aksara Terbuka
Konsonan
Gabungan Aksara Terbuka dan Konsonan
Keseluruhan Huruf Bahasa Tamil
Huruf-Huruf Grantham
பசியால் வாடுகிறவர்கள்... சுதந்திர மனிதர்கள் அல்ல - அட்லாய் ஸ்டீவன்ஸன்

Selasa, 2 September 2014

Klasifikasi Bahasa Dravidia


Bahasa Tamil tergolong dalam kelompok bahasa Dravidia cawangan selatan. Kelompok keluarga bahasa Dravidia ini menurunkan sejumlah 26 lagi bahasa yang diperkira sebagai bahasa tempatan di benua kecil India.

Ia turut dipergolong sebagai salah satu daripada bahasa orang Tamil bersama dengan bahasa Tamil rasmi. Selain itu, terdapat lagi sebanyak 35 bahasa jenis etnik Tamil seperti bahasa Irula dan bahasa Yerukula.

Saudara terdekat bagi bahasa Tamil adalah bahasa Malayalam. Sehingga kurun ke-9 M, bahasa Malayalam cuma merupakan sejenis dialek bagi bahasa Tamil. Walaupun wujud beberapa perbezaan antara bahasa Tamil dan bahasa Malayalam yang menonjolkan pemisahan pra-sejarah bagi loghat bahasa Tamil barat, proses pemisahan bahasa ini menjadi bahasa yang berasingan cuma sempurna menjelang abad ke-13 sehingga ke-14 M.

Ahad, 24 Ogos 2014

Bahasa Tamil Brahmin


Bahasa Tamil Brahmin atau bahasa Brāhmik merupakan rujukan untuk sebilangan sub-dialek bahasa Tamil yang diguna oleh komuniti Brahmin di negeri-negeri Tamil Nadu, Kerala, Karnataka dan Andhra Pradesh. Komuniti Brahmin terbahagi kepada Iyer dan Iyengar.

Dialek Utama

Terdapat dua jenis dialek iaitu:
  • Thanju dituturkan di Tamil Nadu diwakili oleh Tanjore (Tanjavur).
  • Pālu, dituturkan di Kerala diwakili oleh Palakkad (Phalghat).
Perbezaan Thanju vs. Pālu
  • Penghujung perkataan berhuruf m dan n yang didahului oleh vokal, vokal itu nanti disengaukan. Konsonan-konsonan sengau pula tidak dibunyikan kecuali jika diikuti oleh perkataan yang bervokal di permulaannya mengikut gaya Thanju. Gaya Pālu sering membunyikan konsonan sengau.
  • Thanju dan Pālu berbeza kosa kata. Contoh perkataan untuk berita; samāchāram menurut gaya Thanju; varthamānam menurut gaya Pālu.
Kedua-dua gaya ucapan Brahmin ini boleh diubah laras menerusi proses meminjam bahasa Tamil moden, bahasa Sanskrit, dan bahasa Inggeris. Sistem ejaan rumi diperguna untuk merekod bagi memudahkan hidup.

Sabtu, 23 Ogos 2014

Inai



Lagu dari filem Sakkarakatti (2008) berjudul Marudhāni yang bermaksud Inai. Penyanyinya Madushree, A.R. Rahman dan Hentry Kuruvilla bawah label Sony BMG music.

Rabu, 20 Ogos 2014

Simfoni Sayang


Penyanyi: Mista G. ft. Rabbit Mac dan Preeta Prasad

Lagu ditujukan untuk nenek-nenek, ibu-ibu, kakak-kakak dan gadis-gadis yang ceria. Penyanyi dan pengeluar muzik video serta lagu adalah rakyat Malaysia. Seronok kan penduduk negara kita boleh bercakap, menulis dan menyanyi dalam bahasa-bahasa antarabangsa. Cubalah hargai kepelbagaian ini berbanding dengan kita mengeji atau melalak sebab perbezaan. Cuba cari titik pertemuan. Kita pun boleh mendapat manfaatnya.

Isnin, 18 Ogos 2014

Pengenalan Bahasa Tamil


Bahasa Tamil merupakan bahasa dari kelompok keluarga bahasa Dravidia. Ia dituturkan oleh orang Tamil di negeri Tamil Nadu di India Selatan dan di Sri Lanka sebelah Timur Laut.

Ia merupakan bahasa rasmi di negeri-negeri di Republik India seperti Tamil Nadu, Puducherry dan di Kepulauan Andaman serta Nicobar. Bahasa Tamil juga merupakan antara bahasa rasmi di Sri Lanka dan Singapura. Di Malaysia pula, ia merupakan bahasa yang diiktiraf sebagai medium penyampaian pendidikan bersama dengan bahasa Melayu Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Di negeri-negeri India seperti Kerala, Karnataka, Andhra Pradesh dan Kepulauan Andaman serta Nicobar, ia merupakan bahasa kedua. Ia tersenarai dalam 22 bahasa berjadual di India dan yang pertama diisytiharkan sebagai bahasa klasik oleh pemerintah Republik India pada 2004. Bahasa Tamil turut diperguna oleh diaspora Tamil di beberapa negara:
  • Malaysia.
  • England
  • Mauritius
  • Canada
  • Afrika Selatan,
  • Fiji
  • Jerman
  • Filipina 
  • Amerika Syarikat
  • Belanda
  • Indonesia
  • Réunion dan Perancis.
Bahasa ini merupakan antara bahasa klasik tertua di dunia yang masih bertahan sehingga kini. Inskripsi Tamil Brahmi berusia 2200 tahun yang ditemui di Samanamalai membuktikan bahasa ini masih bertahan dalam bentuk lamanya sehingga kini.

Kepelbagaian dan kualiti sastera Tamil disebut sebagai, salah satu tradisi klasik dan sastera teragung di dunia. Sastera Tamil wujud sejak 2000 tahun lampau. Zaman terawal sastera Tamil bermula dengan era sastera Sangam dari 300 SM sehingga 300 M. Ia mempunyai roked tertua sastera berbanding bahasa kelompok Dravidia lain. Rekod-rekod epigrafi terawal ditemui di tugu dan batu-batu wira dari sekitar abad ke-3 SM. Inskripsi tertua sekali ditulis dengan huruf-huruf Tamil Brahmi ditemui di Palani, bertarikh karbon 540 SM.

Lebih daripada 55% inskripsi epigrafi (kira-kira 55,000) ditemui oleh Kajiselidik Arekologi India adalah berbahasa Tamil. Inskripsi-inskripsi bahasa Tamil dipahat sekitar abad 1 SM dan 2 M turut ditemui di Mesir, Thailand dan Sri Lanka. Dua manuskrip awal dari India berbahasa Tamil direkodkan dan didaftarkan oleh Rekod Memori Dunia UNESCO pada 1997 dan 2005.

Bahasa Tamil juga merupakan bahasa suci untuk agama Ayyavazhi dan menjadi pengantara untuk tradisi-tradisi Hindu yang dianuti orang Tamil seperti Shavisme dan Vaishnavisme. Menurut kajiselidik 2001, sebanyak 1,863 akhbar di India diterbitkan dengan bahasa Tamil serta 353 daripadanya adalah akhbar harian.

Hidup Ibunda Tamiḷ



Hidup ibunda Tamil... Tabik ibunda Tamil!

Sabtu, 16 Ogos 2014

Cinderella

 

Untuk hiburan dan belajar bahasa Tamil saja. Sila beli album asli. Produksi ini adalah 100% produksi tempatan kita. Bantulah dan sokong artis tempatan untuk menghasilkan kerja seni mereka serta demi perkembangan industri muzik Tamil Malaysia.

Rujukan 

Judul: Cinderella
Album: Jerantut Ninaivugal
Muzik: Rabbit M. C.
Artis: Daddy Shaq ft. Rabbit M. C.

Contoh Ejaan Aksara Terbuka

அகர வரிசையில் சில சொற்கள்
Akhara Varicaiyil Cila Corgal
Beberapa Perkataan Ikut Susunan Aksara

A

அலை Alai Gelombang, Ombak
அணி Anni Pakai, Parti

Ā

ஆடு  Ādu Kambing
ஆறு Ārru Sungai

E

இலை Elai Daun
இது Ethu Ini

Ë

ஈட்டி Ëtti Lembing
ஈறு Ërru Gusi

U

உதை Uthai Tendang
உண Unna Makanan

Wū

ஊர் Wūr Tempat
ஊமை Wūmai Pekak

Ā

எலி Āli Tikus
எடு Ādu Ambil

Ae

ஏர் Aer Bajak
ஏணி Aenni Tangga

I

ஐயம் Iyam Ragu
ஐவர் Ivar Lima Orang

Wo

ஒலி Woli Bunyi
ஒளி Wolli Cahaya

Wo

ஓடம் Wodam Sambau
ஓடு Wodu Lari

ஒள Wou

ஒளடதம் Woudatham Ubat

Rabu, 13 Ogos 2014

Aksara Bahasa Tamil: Suara Terbuka


உயிர் ஏழுத்துக்கள்
Wuyir Yelutthuggal
Bunyi Suara Terbuka

A Ā E Ë U Ū

Ā Ae  

I

O Wo ஒள  Ou



Pengelasan Suara Terbuka

Kuril
Pendek

A E U Ā O

Nedil 
Panjang

Ā Ë Ū Ae Wo


Aksara i dan ஒள ou disebut biasa-biasa saja tetapi pengelasan susunannya itu dalam aksara bunyi panjang.