Cheravaṃśa


Dinasti Chera disebut juga sebagai Kerala Putra. Ia adalah dinasti purba di India Selatan. Mereka memerintah di rantau barat Tamil Nadu moden serta negeri Kerala. Mereka memerintah bersama dengan dinasti Chola dan dinasti Pandya. Seterusnya membentuk kerajaan-kerajaan yang saling berperang sejak Zaman Besi di India Selatan.

Bermula awal abad masihi, masyarakat dan pemerintahan kenegerian di bawah dinasti ini telah pun berkembang di sebelah barat negeri Tamil Nadu moden. Lokasi ibukota dinasti ini umumnya dianggap terletak di Karur. Karur, dikenalpasti dalam peta Ptolemy sebagai Korura. Kerajaan Chera kemudian melebar sehingga ke dataran Kerala, di sela Phalghat, sepanjang sungai Perar dan meliputi tanah antara sungai Perar dan sungai Periyar, membentuk dua kota pelabuhan iaitu, kota Tondi (Tyndis) dan kota Muciri (Muziris). Kedua-dua kota ini, berkembang sebagai pusat penempatan pedagang-pedagang Romawi.

Mereka sering bertelingkah dengan negara-negara berjiran iaitu negara Chola dan negara Pandya. Dinasti ini dikatakan pernah menewaskan kedua-dua dinasti tersebut bersama dengan negeri-negeri yang bersekutu dengan mereka. Mereka juga berperang dengan bangsa Kadambā dari Banavasi dan bangsa Yavana (Greek) di pantai India. Selepas abad ke-2 M, mereka pun kurang berkuasa lagi selepas kurangnya perdagangan yang memberi keuntungan empayar Romawi.

Himpunan syair Tamil yang dikenali sebagai sastera Sangam menjelaskan mengenai pemerintah dinasti ini sejak dari awal abad masihi. Ia turut menyimpan nama-nama raja, putera-putera raja, dan penyair-penyair istana yang memuji mereka. Kronologi dalaman dari sastera ini masih lagi belum diselesaikan. Pada saat ini, satu catitan sejarah yang jelas mengenai zaman itu masih belum boleh dikeluarkan. Udhiyan Cheralathan, Nedum Cheralathan, dan Senguttuvan Cheran merupakan antara beberapa pemerintah yang dirujuk oleh sastera Sangam. Senguttuvan Chera, raja Chera yang paling diraikan itu, terkenal dengan lagenda-lagenda yang menyelubungi seorang wirawati bernama Kannagi dalam epik Silapadhikaram.

Kerajaan penting sekali dalam hubungan perdagangan dengan Timur Tengah, Greece dan Rome. Kedudukan geografinya yang strategik, kepelbagaian rempah ratus eksotik, sungai-sungai yang boleh dilayari oleh kapal dan menghubungkan rantau pergunungan Ghat dengan laut Arab dan penemuan angin Monsun yang membolehkan layar kapal ditiup angin terus dari pantai Arab ke negara ini, seluruhnya digabungkan lalu memberi kerancakan bagi perdagangan di situ.

Pemerintah Chera seterusnya memerintah dari abad ke-9 M. Sedikit saja diketahui mengenai perhubungan dinasti ini dengan dinasti Chola dan dinasti Pandya. Dinasti kedua, dinasti Kulaśekhāra memerintah kota Maghodayapuram (Kodungallur) di tebing-tebing sungai Periyar. Walaupun tidak mampu untuk muncul semula di kedudukan mereka yang sebelumnya, namun dinasti kecil ini tetap garang memerangi jiran-jirannya yang lebih berkuasa. Mereka tenggelam terus dari sejarah pada abad ke-12 M, akibat penaklukan beterusan oleh Chola dan Ratrakuta. Dinasti Chera disokong oleh katria-katria Tamil seperti puak Villavar, Vanavar dan Malayar.

Pemerintah-pemerintah Chera di Venadu, memusatkan pemerintahan mereka di pelabuhan Quilon di selatan Kerala. Perhubungan kekerabatan mereka boleh dikesan sehingga dinasti kedua Chera. Raja Ravi Varma Kulaśekhāra dari Venadu (1299-1314), terkenal oleh sebab kempen-kempen peperangannya memerangi Chola dan Pandya untuk merebut rantau lama mereka.

Isi Kandungan

Perkembangan Kemudian Dinasti Chera di Venadu

Prasasti Tembaga Chera - Kota Mahodayapuram

Gambar: Kuil Pantai, Mahābalipura
Pemilik Gambar: Debe Śarma