Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

Ahad, 8 November 2020

Agama di Negara Tamil Purba

Semasa zaman Sangam di Tamilagam (500 SM - 300 M), pelbagai agama wujud iaitu agama Saiva, Vaisnava, Buddha dan Jaina bersama dengan agama rakyat Tamil sendiri. Keluarga diraja Tamil sendiri ketika itu mengamalkan toleransi beragama dan secara terbuka menggalakkan perbincangan agama diadakan. Mereka turut menjemput guru-guru dari segenap aliran ke dewan awam untuk mengajarkan doktrin agama mereka kepada orang awam.

Agama Tamil

Agama-agama Tamil di sini merujuk kepada tradisi keagamaan dan amalan keagamaan masyarakat berbahasa Tamil. Bangsa Tamil merujuk kepada mereka yang berasal dari negara moden iaitu India dan di negeri Tamil Nadu serta bahagian utara serta timur Sri Lanka. Terdapat juga orang Tamil yang berada di luar sempadan negara asal mereka disebabkan oleh migrasi seperti di Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Afrika Selatan, Australia, Great Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Reunion, Mauritius dan negara Eropah. Kebanyakan masyarakat migran Tamil ini masih lagi mengekalkan unsur kebudayaan, bahasa dan tradisi keagamaan mereka yang boleh dijejaki sehingga zaman sebelum masihi.

  • Agama Tamil Purba
  • Kesucian Raja-Raja
  • Agama Hindu
  • Agama Jain
  • Agama Buddha
  • Agama Kristian
  • Falsafah Agama Tamil 

Sabtu, 28 Oktober 2017

Kandhar Anubhūti


Bacaan ini merupakan karya seorang penyair Tamil bernama Mahākavi Tamil, Śrī Arunagiri Nātha. Ia dibaca ketika roh Śrī Arunagiri Nātha belum dijelmakan dengan tubuh manusia iaitu sejak ketika roh tersebut masih berada dalam tubuh seekor burung kakak tua. 

Syair-syair ini dikumpulkan dan dinyanyikan ketika tahun 1400-1500 M. Semua 51 ayat ini turut mempunyai bacaan Kappu, iaitu permohonan supaya dewa Ganea memberi restu kepada si pembaca dan semoga bacaannya itu sempurna. Setiap kekawin ini ditujukan untuk baginda dewa Skandha, dan kebanyakan bacaan itu mempunyai persamaan dua baris yang memuji Skandha, Baki dua baris lagi pula berbentuk permohonan supaya si pembaca dan pendengar diberi kebijaksanaan sebenar untuk mengatasi Maya.

Bacaan Kandhar Anubhūti ini merupakan sebentuk lipatan ksyair berfalsafah tinggi serta berbentuk kerohanian dengan nuansa mistik yang jelas dari Śrī Arunagiri Nātha. Beliau ini merupakan seorang pengikut dewa Skandha dan merupakan seorang susuhunan yang terkenal di Tamil Nadu.

Ia dipandang sebagai sastra mantra yang penting dan merupakan puncak mahkota bagi segala karya yang dihasilkan oleh Śrī Arunagiri Nātha kerana unsur-unsur kerohanian serta kedalaman falsafahnya.

Ayat-ayatnya sungguhpun pendek-pendek atau mungkin yang paling sedikit dalam karya tokoh agung ini, namun mesejnya itu sungguh halus sekali. Ia merupakan karya mengenai pencapaian rohani menurut pengalaman tokoh ini serta pengalaman beliau merasai-Nya. Terdapat beberapa suntingan juga telah diperbuat dalam 100 ayat sebelum ini dengan 49 daripadanya ditolak disebabkan ia merupakan penambahan oleh orang lain. Bukan hasil karya tokoh ini.

Skandha Anubhūti merujuk kepada pengalaman Śrī Arunagiri Nātha dengan pertemuan-pertemuan beliau dengan dewa Skandha, iaitu anakanda kerohanian bagi Betara Śiva Śankara. Ia merupakan pengalaman Śrī Arunagiri Nātha sendiri yang memberi petanda bahawa berlakunya penyatuan rohani beliau dengan Tuhan. Dewa Skandha turut digelar sebagai Shanmukha, Kartikei, Guhan, Velayudhan, Murugan, Subramanya dan lain-lain. Baginda merupakan adinda kepada dewa Ganeśa.

Karya ini sebenarnya mempunyai nilai falsafah Vedanta yang tinggi. Ia merupakan bentuk penceritaan Sakatkāra atau pengalaman terus seseorang penganut.

Kekawin: Ketik di sini untuk membaca terjemahan
Bacaan: Śrī Dharma Pura Swami Nāth 
Penyebar bacaan: Tuan Varada Rajalu Baya