Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

Ahad, 8 November 2020

Agama di Negara Tamil Purba

Semasa zaman Sangam di Tamilagam (500 SM - 300 M), pelbagai agama wujud iaitu agama Saiva, Vaisnava, Buddha dan Jaina bersama dengan agama rakyat Tamil sendiri. Keluarga diraja Tamil sendiri ketika itu mengamalkan toleransi beragama dan secara terbuka menggalakkan perbincangan agama diadakan. Mereka turut menjemput guru-guru dari segenap aliran ke dewan awam untuk mengajarkan doktrin agama mereka kepada orang awam.

Agama Tamil

Agama-agama Tamil di sini merujuk kepada tradisi keagamaan dan amalan keagamaan masyarakat berbahasa Tamil. Bangsa Tamil merujuk kepada mereka yang berasal dari negara moden iaitu India dan di negeri Tamil Nadu serta bahagian utara serta timur Sri Lanka. Terdapat juga orang Tamil yang berada di luar sempadan negara asal mereka disebabkan oleh migrasi seperti di Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Afrika Selatan, Australia, Great Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Reunion, Mauritius dan negara Eropah. Kebanyakan masyarakat migran Tamil ini masih lagi mengekalkan unsur kebudayaan, bahasa dan tradisi keagamaan mereka yang boleh dijejaki sehingga zaman sebelum masihi.

  • Agama Tamil Purba
  • Kesucian Raja-Raja
  • Agama Hindu
  • Agama Jain
  • Agama Buddha
  • Agama Kristian
  • Falsafah Agama Tamil 

Jumaat, 13 Mac 2015

Sejarah Tamil Nadu


Rantau Tamil Nadi di Republik India moden ini, sudah pun dihuni oleh manusia sejak era prasejarah lagi iaitu dari sekitar 15,000 SM - 10,000 SM. Sepanjang perjalanan sejarahnya, dari zaman Paleolitik awal sehingga kini, rantau ini wujud bersama dengan pelbagai budaya luar. Kecuali, untuk tempoh yang sekejap dalam sejarahnya, rantau Tamil bebas dari pendudukan luar.

Tiga empayar Tamil purba yang sudah muncul lama dulu adalah seperti:
Mereka memerintah bersama di Tanah Tamil, mengamalkan budaya yang unik dan bahasa Tamil serta menyumbang kepada tradisi sastera tertua di dunia. Mereka turut mempunyai perhubungan dagangan meluas di lautan dengan empayar Romawi. Ketiga-tiga dinasti Tamil ini sering bersaing untuk merebut penguasaan tertinggi di negara Tamil. 

Penaklukan dinasti Kalabhra yang berlaku sekitar abad ke-3 M telah mengganggu susunan tradisi di situ dan menyingkirkan ketiga-tiga dinasti sebelumnya. Mereka digulingkan oleh dinasti Pandya dan dinasti Pallava, yang mengembalikan semula kekuasaan dinasti-dinasti lama. Dinasti Chola pula muncul semula dari kekabutan sekitar abad ke-9 M. Mereka mengalakan dinasti Pallava dan Pandya. Seterusnya muncul sebagai empayar terbesar meliputi seluruh semenanjung selatan India. Di kegemilangannya, empayar Chola meliputi keluasan hampir 3,600,000 km² (1,389,968 sq mi) menjajari Teluk Bengal. Empayar Chola turut menjajahi empayar Śrīvijaya di kepulauan selatan.

Situasi politik berubah dengan pantasnya di seluruh benua kecil India berikutan kemasukan tentera-tentera Muslim dari barat daya dan kemunduran ketiga-tiga dinasti Tamil tersebut berlaku sekitar abad ke-14 M. Negara Tamil pun diserap menjadi sebahagian daripada empayar Vijayanagara. Menerusi empayar ini, kelompok gabenor Nayaka yang berbahasa Telugu memerintah sehingga kemunculan syarikat-syarikat perdagangan Eropah sekitar abad ke-17 M, akhirnya menyapu hampir keseluruhan pemerintahan tempatan di situ.

Kepresidenan Madras, meliputi hampir keseluruhan India Selatan diwujudkan dalam abad ke-18 M dan diperintah terus oleh British. Selepas kemerdekaan India, dan selepas pemisahan rantau Telugu, Kannada, Tulu dan Malayalam dari negeri Madras pada 1956, ia dinamakan semula sebagai Tamil Nadu pada 1969 oleh kerajaan negeri.