Ahad, 16 April 2017

Pendidikan Aliran Tamil di Malaysia


Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) jarang sekali diberikan perhatian berbanding dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Keadaan ini mungkin berkaitan dengan beberapa faktor iaitu:
  • SJKT tidak memberikan signifikasi ekonomi seperti SJKC yang sering digembar-gemburkan sebagai aliran yang hebat serta dikaitkan dengan drama-drama China, Korea, Taiwan dan Jepun yang menjadi kegemaran gadis-gadis kepam.
  • Filem dan drama Tamil tidak menarik perhatian seperti hiburan dari rantau berkulit cerah seperti rantau Asia Timur atau Barat. Hero-hero Tamil dikaitkan dengan stigma perut boroi zaman 70-an dulu dan sering dikaitkan sebagai karakter bahan lawak dalam sitkom berbahasa Melayu.
  • Sikap sesetengah masyarakat Tamil sendiri yang lebih menekankan kepada pendidikan Inggeris kerana mereka menghadapi masalah inferiority complex.
  • Masyarakat Malaysia yang bukan berbangsa Tamil seperti orang Melayu mempunyai stigma bahawa bahasa Tamil adalah bahasa golongan kelas rendah berbanding dengan bahasa Cina mungkin kerana stereotaip yang didapati oleh mereka dalam kehidupan seharian.
  • Bahasa Tamil dikaitkan dengan agama Hindu semata-mata oleh mereka yang berfikiran sempit serta dikaitkan dengan geng-geng samseng di sebelah Klang dan bahagian-bahagian slum lain di Malaysia.
  • Bahasa Tamil dikaitkan dengan politik oleh kelompok Tamil Muslim yang dikenali sebagai mamak yang suka mengampu orang-orang besar seperti menteri dalam parti politik tertentu serta sikap kedekut tahi hidung masin mereka yang berkecimpung dalam perniagaan.
Di Malaysia, pendidikan rendah dan menengah dibahagikan kepada empat aliran. Aliran-aliran tersebut adalah aliran kebangsaan yang bermediumkan bahasa Melayu, aliran jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa Tamil dan aliran Cina yang menggunakan bahasa Tamil. Aliran agama menggunakan dua sistem iaitu sistem kebangsaan dan sistem berbahasa Arab untuk pelajaran agama Islam. 

SJKT adalah merupakan sekolah yang dibantu oleh kerajaan pusat Malaysia. Ia menggunakan medium pengajaran dalam bahasa Tamil serta dihadiri oleh majoriti pelajar berketurunan dan berbangsa Tamil.

Dalam kerangka kerja sistem pendidikan Malaysia, sekolah rendah Tamil dirujuk sebagai Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Seperti sekolah kerajaan lain, sekolah jenis ini mengikut kurikulum nasional. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah matapelajaran wajib diajar di sekolah Tamil. Matapelajaran lain diajar dalam bahasa Tamil kecuali subjek Matematik dan Sains diajarkan dalam bahasa Tamil atau bahasa Inggeris bergantung kepada sekolah tersebut serta darjah pelajar.

Pelajar akan belajar di SRJKT dari darjah satu (1) sampai darjah enam (6). Pelajar masuk ke darjah 1 semasa berusia tujuh tahun. Pada darjah enam, pelajar akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Selepas tamat sekolah rendah, pelajar akan masuk ke sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu dalam medium pengajaran.

Selain menyediakan pelajaran dalam bahasa Tamil kepada pelajar, SRJKT memainkan peranan dalam menyebarkan kebudayaan India dan nilai agama kepada generasi muda India di Malaysia. Usaha ini untuk memastikan identiti India mereka dapat dilestarikan di samping hidup dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Kini, ada sebanyak 523 SRJKT di Malaysia.   
Rujukan: Klik di sini.
Sumber Gambar: Predeep Nambiar, 'Double Cheer for Tamil School', the News Straits Times Malaysia, 29 Ogos 2014 (online)

Tradisi Siddha Tamil


Bagi kebanyakan masyarakat Tamil yang majoritinya menganuti ajaran dewa Siva dari aliran Siva Siddhanta, Siddha ini merujuk kepada mereka yang mengamalkan Sadhana yang tidak ortodoks atau amalan memutuskan rantai pengikat jiwa dengan cara yang heterodoks. 

Melalui amalan yoga, mereka memperolehi Siddhi atau kesaktian. Yoga ini adalah bentuk-bentuk amalan zuhud yang melibatkan teknik pernafasan, teknik pemakanan yang betul dan gaya hidup yang tidak bercanggah dengan hukum alam. Orang yang mencapai Siddhi digelar sebagai Siddha.  Siddha dalam tamadun di benua kecil India ini boleh dibandingkan dengan mistik dalam tamadun di benua Eropah. Siddha dipercayai mampu mengawal dan melepasi sekatan masa serta ruangan melalui amalan yoga mereka. Penggunaan bahan-bahan yang digelar sebagai rasayana pula bertujuan untuk mengubah bentuk tubuh mereka dan menjadikannya berpotensi untuk tidak mati. Selain itu, mereka turut menjalani amalan pranayama tertentu. Baca lanjut.

Resi Agasthya dikenalpasti sebagai salah seorang daripada tujuh maharesi yang menurunkan ilmu dan tradisi Siddha kepada masyarakat umum. Abhidhana Cintamani menyatakan bahawa tradisi Tamil mengenalpasti seramai sembilan (9) orang atau 18 orang Siddha. Namun, Resi Agastya mengujarkan bahawa ramai lagi Siddha wujud sebelum munculnya 9 atau 18 orang resi tersebut. Rujuk senarai Siddha dalam tradisi Tamil.

Siddha-siddha biasanya mempunyai kesaktian Astamasiddhi atau lapan siddhi agung seperti yang dipunyai oleh Hanuman. Kebanyakan Siddha pun memperolehi ilmu dari dewa Siva.

Rujuk: Jalan hidup Siddha  

Jumaat, 13 Mac 2015

Bahasa Tamil Permulaan


Isi Kandungan

Sila klik di tajuk yang telah ditebalkan untuk mengakses pembelajaran:

Huruf-Huruf Bahasa Tamil
Perkataan-Perkataan Ringkas
Kata Nama
Kata Kerja
Kata Ganti Diri

Sumber Gambar: Chota Peelea Auto
Sumber Rujukan:
  • Bahasa Tamil dalam 30 Hari; National Language Integration Series; N. Jegtheesh
Pengumpul: N. S. V.
Mula Projek: Śanivāra; 23 Phalguna 1936 T.S bersamaan 14 Mac 2015

Sejarah Tamil Nadu


Rantau Tamil Nadi di Republik India moden ini, sudah pun dihuni oleh manusia sejak era prasejarah lagi iaitu dari sekitar 15,000 SM - 10,000 SM. Sepanjang perjalanan sejarahnya, dari zaman Paleolitik awal sehingga kini, rantau ini wujud bersama dengan pelbagai budaya luar. Kecuali, untuk tempoh yang sekejap dalam sejarahnya, rantau Tamil bebas dari pendudukan luar.

Tiga empayar Tamil purba yang sudah muncul lama dulu adalah seperti:
Mereka memerintah bersama di Tanah Tamil, mengamalkan budaya yang unik dan bahasa Tamil serta menyumbang kepada tradisi sastera tertua di dunia. Mereka turut mempunyai perhubungan dagangan meluas di lautan dengan empayar Romawi. Ketiga-tiga dinasti Tamil ini sering bersaing untuk merebut penguasaan tertinggi di negara Tamil. 

Penaklukan dinasti Kalabhra yang berlaku sekitar abad ke-3 M telah mengganggu susunan tradisi di situ dan menyingkirkan ketiga-tiga dinasti sebelumnya. Mereka digulingkan oleh dinasti Pandya dan dinasti Pallava, yang mengembalikan semula kekuasaan dinasti-dinasti lama. Dinasti Chola pula muncul semula dari kekabutan sekitar abad ke-9 M. Mereka mengalakan dinasti Pallava dan Pandya. Seterusnya muncul sebagai empayar terbesar meliputi seluruh semenanjung selatan India. Di kegemilangannya, empayar Chola meliputi keluasan hampir 3,600,000 km² (1,389,968 sq mi) menjajari Teluk Bengal. Empayar Chola turut menjajahi empayar Śrīvijaya di kepulauan selatan.

Situasi politik berubah dengan pantasnya di seluruh benua kecil India berikutan kemasukan tentera-tentera Muslim dari barat daya dan kemunduran ketiga-tiga dinasti Tamil tersebut berlaku sekitar abad ke-14 M. Negara Tamil pun diserap menjadi sebahagian daripada empayar Vijayanagara. Menerusi empayar ini, kelompok gabenor Nayaka yang berbahasa Telugu memerintah sehingga kemunculan syarikat-syarikat perdagangan Eropah sekitar abad ke-17 M, akhirnya menyapu hampir keseluruhan pemerintahan tempatan di situ.

Kepresidenan Madras, meliputi hampir keseluruhan India Selatan diwujudkan dalam abad ke-18 M dan diperintah terus oleh British. Selepas kemerdekaan India, dan selepas pemisahan rantau Telugu, Kannada, Tulu dan Malayalam dari negeri Madras pada 1956, ia dinamakan semula sebagai Tamil Nadu pada 1969 oleh kerajaan negeri.

Jumaat, 23 Januari 2015

Bahasa Tamil Madras


Bahasa Madras atau Madras bashai merupakan sejenis bahasa Tamil basahan yang dituturkan sekitar Chennai. 

Perkataan bashai terbit dari pinjaman dari bhasha, bahasa Sanskrit. Seperti bahasa Hindi Bombay yang digunakan di Mumbai, bahasa Madras ini merupakan bentuk bahasa Tamil rojak yang bercampur dengan bahasa Inggeris India, bahasa Telugu, dan bahasa Hindustan. Ia popular dalam kalangan penunggang tuktuk dan nelayan dari utara Chennai.

Bahasa ini dirujuk dalam bahasa Tamil Standard sebagai சென்னைத் தமிழ் Chennai Tamizh atau bahasa Tamil Chennai. Ia berevolusi rancak seja tiga abad lalu. Ia bertumbuh seiring dengan perkembangan kota kosmopolitan Madras. Selepas bahasa ini terkenal di Madras, ia mula menjadi sumber bagi satira dalam filem-filem Kollywood awal tahun 1950-an dengan rupa permainan kata dan makna bertindih. Generasi seterusnya di Chennai pun terbiasa dengannya dan turut menyerap susunan tatabahasa Inggeris sehingga bahasa tersebut menjadi seperti hari ini.

Disebabkan oleh penghijrahan dan pertukaran budaya, istilah-istilah dari bahasa ini turut digunakan kadang-kala di pekan-pekan dan bandar-bandar lain di India Selatan.

Evolusi

Madras diasaskan pada 1640 oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris dan muncul sebagai kota terpenting dalam empayar British serta menjadi ibukota bagi presidensi Madras. 

Hubungan dengan empayar British menyebabkan berlakunya penyerapan perbendaharaan kata bahasa Inggeris ke bahasa Tamil di Chennai. Perkataan-perkataan bahasa Inggeris tersebut diperkenal oleh kelompok penghijrah kelas pertengahan berpendidikan dari jati Brahmin Tamil kerana mereka memang banyak menggunakan bahasa Inggeris.

Disebabkan oleh kehadiran populasi berbahasa Hindustan di Chennai seperti kelompok orang Gujerat, orang Marwar dan komuniti Muslim India Utara, perkataan bahasa Hindustan turut terserap dalam bahasa ini.

Menjelang abad ke-20 M, bahasa Tamil yang dituturkan oleh orang Brahmin Tamil di kota Madras dianggap sebagai bahasa baku untuk pertuturan bahasa Tamil. Walaupun kini, loghat bahasa Tamil Tengah dan loghat bahasa Tamil Madurai lebih disukai namun, perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang diperkenal pada awal abad ke-20 M tetap dikekalkan.

Industri Perfileman

Bahasa Madras diguna dalam dialog-dialog filem Tamil selepas 1950-an. Contoh pelakon yang menggunakan bentuk bahasa Tamil ini adalah seperti:
  • Chandrababu
  • Manorama
  • Loose Mohan
  • Thengai Srinivasan
  • Janagaraj
  • Cho Ramaswamy
  • Kamal Haasan 
Filem-filem yang menggunakan bentuk bahasa ini seperti:
  • Maharasan
  • Michael Madana Kama Rajan
  • Vasool Raja MBBS
  • Pammal K. Sambandam
  • Chennai 600028
  • Attakathi, Idharkuthane Aasaipattai Balakumara
  • Madras
  • Kasethan Kadavulada.

Jumaat, 12 September 2014

Vanderi di Tamil Nadu


Istilah 'vanderi' digunakan oleh beberapa orang ahli politik Tamil Nadu untuk merujuk kepada orang yang berhijrah ke Tamil Nadu dari rantau lain untuk mencari makan. Istilah ini adalah kata penghinaan ke atas orang lain. Ia asalnya digunakan oleh ahli-ahli Dravidar Kazhagam dan mereka yang bersimpati dengan mereka untuk merujuk kepada bangsa brahmin kerana mereka merasakan bahawa bangsa brahmin datang ke India Selatan melalui rantau India Utara yang menjadi rantau kediaman mereka. Mereka dituduh berasal dari Asia Tengah dan masuk ke benua kecil India melalui laluan Khyber-Bolan di Himalaya.

Prof. Devaneya Paavanar, sarjana Tamil sering menggunakan istilah 'vanderihal' dalam ucapannya untuk merujuk kepada bangsa brahmin di Tamil Nadu. Dia merasakan bahawa bangsa brahmin merosakkan penutur bahasa Tamil dan merosakkan bahasa Tamil dengan ucapan Manipravalam dalam penulisan dan bahasa percakapan. Kemudian, perkataan ini turut dikembangkan lagi penggunaannya untuk menghina orang Marwadi, Gujarat, Surashtra dan lain-lain komuniti India dari rantau lain yang menetap di Tamil Nadu.

Ahli politik Tamil mempunyai 'double standard' dalam hal rujukan menghina ini. Jika penutur bahasa lain datang menetap di Tamil Nadu, mereka akan menggelarkan orang-orang ini sebagai வந்தேறிகள் vanderihal yang bermaksud penjajah. Jika penutur bahasa Tamil berpindah ke negara lain atau menetap di sana, mereka akan menggelarkan pula penutur bahasa Tamil tersebut sebagai புலம் பெயர்ந்தோர் pulam peyarnthor.

Prof. Devaneya Paavanar kemudian mencipta teori mengenai Kumari Kandan yang digelar oleh orang barat sebagai Lemuria. Menurut teorinya, Kumari Kandam adalah sebuah benua yang tenggelam di Lautan Hindi. Kumari Kandam adalah kawasan kediaman asal orang Tamil. Teori ini kemudiannya ditolak oleh saintis, ahli linguistik dan ahli antropologi. Namun, Prof. Devaneya degil dan menegakkan juga teori benang basahnya ini sekaligus menjerat diri beliau.

Prof. Devanaya menganggap bahawa Prof. T. P. Meenakshisundaram Pillai sebagai pesaingnya. Kedua-dua mereka bekerja di Universiti Annamalai sekitar tahun 1956 sehingga 1958. Prof. Devanaya merendah-rendahkan prinsip linguistik Prof. Meenakshisundaram yang berfikiran liberal dan merupakan seorang ahli linguistik. Pada suatu masa, Prof. Meenakshisundaram ditanyakan oleh pelajar-pelajar mengenai teori Kumari Kandam. Prof. Meenakshisundaram menjawab dengan sopan, "Jika Kumari Kandam itu wujud dan penduduk di situ berbahasa Tamil, pastinya kita perlu menerima hakikat bahawa orang Tamil adalah 'vanderihal' di rantau Tamil Nadu sekarang.' Oleh itu, apakah hak Prof. Devaneya menggelarkan bangsa Brahmin sebagai 'vanderihal'? 

Selasa, 9 September 2014

Huruf-Huruf Bahasa Tamil


Asas

Aksara Terbuka
Contoh Ejaan Aksara Terbuka
Konsonan
Gabungan Aksara Terbuka dan Konsonan
Keseluruhan Huruf Bahasa Tamil
Huruf-Huruf Grantham
பசியால் வாடுகிறவர்கள்... சுதந்திர மனிதர்கள் அல்ல - அட்லாய் ஸ்டீவன்ஸன்