Rantau Tamil Nadi di Republik India moden ini, sudah pun dihuni oleh manusia sejak era prasejarah lagi iaitu dari sekitar 15,000 SM - 10,000 SM. Sepanjang perjalanan sejarahnya, dari zaman Paleolitik awal sehingga kini, rantau ini wujud bersama dengan pelbagai budaya luar. Kecuali, untuk tempoh yang sekejap dalam sejarahnya, rantau Tamil bebas dari pendudukan luar.
Tiga empayar Tamil purba yang sudah muncul lama dulu adalah seperti:
Mereka memerintah bersama di Tanah Tamil, mengamalkan budaya yang unik dan bahasa Tamil serta menyumbang kepada tradisi sastera tertua di dunia. Mereka turut mempunyai perhubungan dagangan meluas di lautan dengan empayar Romawi. Ketiga-tiga dinasti Tamil ini sering bersaing untuk merebut penguasaan tertinggi di negara Tamil.
Penaklukan dinasti Kalabhra yang berlaku sekitar abad ke-3 M telah mengganggu susunan tradisi di situ dan menyingkirkan ketiga-tiga dinasti sebelumnya. Mereka digulingkan oleh dinasti Pandya dan dinasti Pallava, yang mengembalikan semula kekuasaan dinasti-dinasti lama. Dinasti Chola pula muncul semula dari kekabutan sekitar abad ke-9 M. Mereka mengalakan dinasti Pallava dan Pandya. Seterusnya muncul sebagai empayar terbesar meliputi seluruh semenanjung selatan India. Di kegemilangannya, empayar Chola meliputi keluasan hampir 3,600,000 km² (1,389,968 sq mi) menjajari Teluk Bengal. Empayar Chola turut menjajahi empayar Śrīvijaya di kepulauan selatan.
Situasi politik berubah dengan pantasnya di seluruh benua kecil India berikutan kemasukan tentera-tentera Muslim dari barat daya dan kemunduran ketiga-tiga dinasti Tamil tersebut berlaku sekitar abad ke-14 M. Negara Tamil pun diserap menjadi sebahagian daripada empayar Vijayanagara. Menerusi empayar ini, kelompok gabenor Nayaka yang berbahasa Telugu memerintah sehingga kemunculan syarikat-syarikat perdagangan Eropah sekitar abad ke-17 M, akhirnya menyapu hampir keseluruhan pemerintahan tempatan di situ.
Kepresidenan Madras, meliputi hampir keseluruhan India Selatan diwujudkan dalam abad ke-18 M dan diperintah terus oleh British. Selepas kemerdekaan India, dan selepas pemisahan rantau Telugu, Kannada, Tulu dan Malayalam dari negeri Madras pada 1956, ia dinamakan semula sebagai Tamil Nadu pada 1969 oleh kerajaan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan