Susunan Matham Siva Siddhanta

Terdapat sebanyak tiga susunan matham yang penting dalam penyebaran aliran Siva Siddhanta di seluruh benua kecil India iaitu:

  • Susunan Amardaka dengan kota sucinya di Ujjain
  • Susunan Mattamayura di ibu kota dinasti Chalukya
  • Susunan Madhumetaya di India Tengah
Setiap satu susunan ini mempunyai cawangan matham kecil pula. Matham mempengaruhi raja-raja untuk memberikan dana kepada mereka supaya mereka dapat menyebarkan ajaran ke negara jiran, khususnya di India Selatan. Susunan Mattamayura mengasaskan matham di Maharashtra, Karnataka, Andhra dan Kerala.
 
Kini, masyarakat Siva Siddhanta wujud bersama dengan kuil dan matham di beberapa negara dunia.
  • Saiva Siddhanta Peetham, pertubuhan yang menggalakkan perpaduan dalam kalangan penganut agama Hindu menerusi penerbitan Hiduism Today. Pusat mereka di Pulau Kauai, Hawaii, Amerika Syarikat.
  • Pertubuhan Saiva Siddhanta Peetham ditubuhkan oleh Satguru Sivaya Subramuniyaswami (1927-2001). Beliau kemudian melantik pengganti iaitu Satguru Bodhinatha Veylanswami (1942).
  • Susunan ini boleh dikesan muncul dari Siddha Saiva di Utara Sri Lanka yang berpegang dengan fahaman asal Saiva Siddhanta yang disusun oleh Thirumular. Ia adalah fahaman advaita atau monisme.
  • Lagu karangan Siva Yogaswami, seorang cendekiawan Saiva Sri Lanka menyaksikan pandangan bahawa Tuhan, Roh dan Alam itu sebagai satu sahaja.