Ahad, 16 April 2017

Tradisi Siddha Tamil


Bagi kebanyakan masyarakat Tamil yang majoritinya menganuti ajaran dewa Siva dari aliran Siva Siddhanta, Siddha ini merujuk kepada mereka yang mengamalkan Sadhana yang tidak ortodoks atau amalan memutuskan rantai pengikat jiwa dengan cara yang heterodoks. 

Melalui amalan yoga, mereka memperolehi Siddhi atau kesaktian. Yoga ini adalah bentuk-bentuk amalan zuhud yang melibatkan teknik pernafasan, teknik pemakanan yang betul dan gaya hidup yang tidak bercanggah dengan hukum alam. Orang yang mencapai Siddhi digelar sebagai Siddha.  Siddha dalam tamadun di benua kecil India ini boleh dibandingkan dengan mistik dalam tamadun di benua Eropah. Siddha dipercayai mampu mengawal dan melepasi sekatan masa serta ruangan melalui amalan yoga mereka. Penggunaan bahan-bahan yang digelar sebagai rasayana pula bertujuan untuk mengubah bentuk tubuh mereka dan menjadikannya berpotensi untuk tidak mati. Selain itu, mereka turut menjalani amalan pranayama tertentu. Baca lanjut.

Resi Agasthya dikenalpasti sebagai salah seorang daripada tujuh maharesi yang menurunkan ilmu dan tradisi Siddha kepada masyarakat umum. Abhidhana Cintamani menyatakan bahawa tradisi Tamil mengenalpasti seramai sembilan (9) orang atau 18 orang Siddha. Namun, Resi Agastya mengujarkan bahawa ramai lagi Siddha wujud sebelum munculnya 9 atau 18 orang resi tersebut. Rujuk senarai Siddha dalam tradisi Tamil.

Siddha-siddha biasanya mempunyai kesaktian Astamasiddhi atau lapan siddhi agung seperti yang dipunyai oleh Hanuman. Kebanyakan Siddha pun memperolehi ilmu dari dewa Siva.

Rujuk: Jalan hidup Siddha