Ahad, 16 April 2017

Pendidikan Aliran Tamil di Malaysia


Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) jarang sekali diberikan perhatian berbanding dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Keadaan ini mungkin berkaitan dengan beberapa faktor iaitu:
  • SJKT tidak memberikan signifikasi ekonomi seperti SJKC yang sering digembar-gemburkan sebagai aliran yang hebat serta dikaitkan dengan drama-drama China, Korea, Taiwan dan Jepun yang menjadi kegemaran gadis-gadis kepam.
  • Filem dan drama Tamil tidak menarik perhatian seperti hiburan dari rantau berkulit cerah seperti rantau Asia Timur atau Barat. Hero-hero Tamil dikaitkan dengan stigma perut boroi zaman 70-an dulu dan sering dikaitkan sebagai karakter bahan lawak dalam sitkom berbahasa Melayu.
  • Sikap sesetengah masyarakat Tamil sendiri yang lebih menekankan kepada pendidikan Inggeris kerana mereka menghadapi masalah inferiority complex.
  • Masyarakat Malaysia yang bukan berbangsa Tamil seperti orang Melayu mempunyai stigma bahawa bahasa Tamil adalah bahasa golongan kelas rendah berbanding dengan bahasa Cina mungkin kerana stereotaip yang didapati oleh mereka dalam kehidupan seharian.
  • Bahasa Tamil dikaitkan dengan agama Hindu semata-mata oleh mereka yang berfikiran sempit serta dikaitkan dengan geng-geng samseng di sebelah Klang dan bahagian-bahagian slum lain di Malaysia.
  • Bahasa Tamil dikaitkan dengan politik oleh kelompok Tamil Muslim yang dikenali sebagai mamak yang suka mengampu orang-orang besar seperti menteri dalam parti politik tertentu serta sikap kedekut tahi hidung masin mereka yang berkecimpung dalam perniagaan.
Di Malaysia, pendidikan rendah dan menengah dibahagikan kepada empat aliran. Aliran-aliran tersebut adalah aliran kebangsaan yang bermediumkan bahasa Melayu, aliran jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa Tamil dan aliran Cina yang menggunakan bahasa Tamil. Aliran agama menggunakan dua sistem iaitu sistem kebangsaan dan sistem berbahasa Arab untuk pelajaran agama Islam. 

SJKT adalah merupakan sekolah yang dibantu oleh kerajaan pusat Malaysia. Ia menggunakan medium pengajaran dalam bahasa Tamil serta dihadiri oleh majoriti pelajar berketurunan dan berbangsa Tamil.

Dalam kerangka kerja sistem pendidikan Malaysia, sekolah rendah Tamil dirujuk sebagai Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Seperti sekolah kerajaan lain, sekolah jenis ini mengikut kurikulum nasional. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah matapelajaran wajib diajar di sekolah Tamil. Matapelajaran lain diajar dalam bahasa Tamil kecuali subjek Matematik dan Sains diajarkan dalam bahasa Tamil atau bahasa Inggeris bergantung kepada sekolah tersebut serta darjah pelajar.

Pelajar akan belajar di SRJKT dari darjah satu (1) sampai darjah enam (6). Pelajar masuk ke darjah 1 semasa berusia tujuh tahun. Pada darjah enam, pelajar akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Selepas tamat sekolah rendah, pelajar akan masuk ke sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu dalam medium pengajaran.

Selain menyediakan pelajaran dalam bahasa Tamil kepada pelajar, SRJKT memainkan peranan dalam menyebarkan kebudayaan India dan nilai agama kepada generasi muda India di Malaysia. Usaha ini untuk memastikan identiti India mereka dapat dilestarikan di samping hidup dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Kini, ada sebanyak 523 SRJKT di Malaysia.   
Rujukan: Klik di sini.
Sumber Gambar: Predeep Nambiar, 'Double Cheer for Tamil School', the News Straits Times Malaysia, 29 Ogos 2014 (online)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan