Dinasti Chera Awal

Etimologi Chera

Perkataan Chera, berkemungkinan muncul dari perkataan Cheral, bermaksud, "cerun di gunung" dalam bahasa Tamil purba. 

Penduduk di Chera pula dirujuk sebagai Kealapuho atau Kerala Putra dalam Piagam Aśoka dari abad ke-3 SM. Peta perdagangan Graeco-Romam berjudul Periplus Maris Erythraei merujuk kepada penduduk di situ sebagai Celobotra. 

Istilah Ceraladīvu atau Cerantīvu dan seumpanya bermaksud, "pulau raja-raja Chera. Ia adalah nama klasik bahasa Tamil untuk merujuk Sri Lanka. Nama ini digunakan untuk merujuk dinasti ini.

Sumber-Sumber Sastera India


Sumber-sumber sastera asas yang wujud berkenaan dinasti ini datang dari sastera Sangam, yang dikumpulkan dari abad pertama dan ke-4 M. Kitab keempat, berjudul Pathirruppaththu dari antologi Ettuthokai dalam syair-syair Sangam, menyebut sejumlah nama pemerintah di Chera. Setiap pemerintah ini dipuji dalam 10 gurindam yang dinyanyikan oleh penyair istana. Pemerintah-pemerintah yang mewarisi takhta disebut mengikut susunan berikut:

  1. Nedum CheralathanKumatturk Kannanar
  2. Palyane Chel Kezhu Kuttuvan -Palaik Kantamanar
  3. Narmudi CheralKappiyarruk Kappiyanar
  4. Senguttuvan CheraParanar
  5. Adu Kottu Pattu CheralathanKakkaipatiniyar Nacellaiyar
  6. Selva Kadumko ValiathanKapilar
  7. Perum Cheral IrumporaiAricil Kilar
  8. Ilam Cheral Irumporai Perunkunrurk Kilar.
Sastera Sangam kaya sekali dengan gambaran mengenai sebilangan raja dan putera-putera raja Chera, sekali dengan pujangga-pujangga yang memuji-muji mereka. Namun, semua ini tidak disusun serta dihubungkaitkan untuk membentuk kronologi sejarah setakat ini. 

Petunjuk kronologi, dikenali sebagai sinkronisme Gajabahu, digunakan oleh sejarawan untuk membantu mentarikhkan sejarah awal Tamil. Di sebalik kebergantungannya kepada beberapa kesimpulan dari maklumat yang tidak lengkap, namun sistem ini diterima meluas dalam kalangan sarjana moden dan dianggap sebagai sauh kertas bagi tujuan untuk memberi tarikh bagi sastera Tamil.

Kaedah Gajabahu ini bergantung kepada satu peristiwa dalam Silappadikaram, yang menceritakan mengenai lawatan Kayavagu, raja Ilangai (Sri Lanka), di kerajaan Chera semasa pemerintahan raja Senguttuvan. Kayavagu dianggap sebagai raja Gajabahu, yang menurut rekod Mahāvaśa, hidup di separuh penghujung abad ke-2 M. Hal ini, digunakan untuk menyesuaikan zaman Senguttuvan, yang memerintah negara selama 55 tahun, di abad ke-2 M menurut rekod Pathirruppaththu.

Kerajaan ini turut disebut bersama dengan kerajaan Chola dan kerajaan Pandya yang berkuasa di India Selatan dalam epik Ramayana. Dinasti ini turut disebut dalam Mahabharata dan Aitareya Aranyaka. Mereka berpihak dengan para Pandava dalam peperangan Kuruketra.