Dewata Muniandi


Muniandi adalah dewa penunggu tempatan di negara-negara kota Tamil. Dewata Muniandi ini merujuk kepada sekelompok muni yang dipuja oleh orang Tamil. Muni bermaksud sekelompok dewara penunggu yang diklasifikasikan sebagai Sivagana atau pesuruh-pesuruh dewa Siva dan dewi Sakti.

Muni-muni ini boleh jadi adalah pahlawan purba, raja-raja atau orang alim yang telah mencapai status muni selepas kematian jasad manusia mereka. Sesetengah muni ini memang wujud dalam rupa muni dan tidak pernah melalui kelahiran sebagai manusia. Mereka dipuja sebagai kaval deivam atau dewata penunggu, ishta devata atau dewata kegemaran dan sebagai kula deivam atau dewa keluarga. Muniandi turut disebut sebagai Muniappan, Aandiappan dan Munisamy.