Bahasa Tamil merupakan bahasa dari kelompok keluarga bahasa Dravidia. Ia dituturkan oleh orang Tamil di negeri Tamil Nadu di India Selatan dan di Sri Lanka sebelah Timur Laut.
Ia merupakan bahasa rasmi di negeri-negeri di Republik India seperti Tamil Nadu, Puducherry dan di Kepulauan Andaman serta Nicobar. Bahasa Tamil juga merupakan antara bahasa rasmi di Sri Lanka dan Singapura. Di Malaysia pula, ia merupakan bahasa yang diiktiraf sebagai medium penyampaian pendidikan bersama dengan bahasa Melayu Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan.
Di negeri-negeri India seperti Kerala, Karnataka, Andhra Pradesh dan Kepulauan Andaman serta Nicobar, ia merupakan bahasa kedua. Ia tersenarai dalam 22 bahasa berjadual di India dan yang pertama diisytiharkan sebagai bahasa klasik oleh pemerintah Republik India pada 2004. Bahasa Tamil turut diperguna oleh diaspora Tamil di beberapa negara:
- Malaysia.
- England
- Mauritius
- Canada
- Afrika Selatan,
- Fiji
- Jerman
- Filipina
- Amerika Syarikat
- Belanda
- Indonesia
- RĂ©union dan Perancis.
Bahasa ini merupakan antara bahasa klasik tertua di dunia yang masih bertahan sehingga kini. Inskripsi Tamil Brahmi berusia 2200 tahun yang ditemui di Samanamalai membuktikan bahasa ini masih bertahan dalam bentuk lamanya sehingga kini.
Kepelbagaian dan kualiti sastera Tamil disebut sebagai, salah satu tradisi klasik dan sastera teragung di dunia. Sastera Tamil wujud sejak 2000 tahun lampau. Zaman terawal sastera Tamil bermula dengan era sastera Sangam dari 300 SM sehingga 300 M. Ia mempunyai roked tertua sastera berbanding bahasa kelompok Dravidia lain. Rekod-rekod epigrafi terawal ditemui di tugu dan batu-batu wira dari sekitar abad ke-3 SM. Inskripsi tertua sekali ditulis dengan huruf-huruf Tamil Brahmi ditemui di Palani, bertarikh karbon 540 SM.
Lebih daripada 55% inskripsi epigrafi (kira-kira 55,000) ditemui oleh Kajiselidik Arekologi India adalah berbahasa Tamil. Inskripsi-inskripsi bahasa Tamil dipahat sekitar abad 1 SM dan 2 M turut ditemui di Mesir, Thailand dan Sri Lanka. Dua manuskrip awal dari India berbahasa Tamil direkodkan dan didaftarkan oleh Rekod Memori Dunia UNESCO pada 1997 dan 2005.
Bahasa Tamil juga merupakan bahasa suci untuk agama Ayyavazhi dan menjadi pengantara untuk tradisi-tradisi Hindu yang dianuti orang Tamil seperti Shavisme dan Vaishnavisme. Menurut kajiselidik 2001, sebanyak 1,863 akhbar di India diterbitkan dengan bahasa Tamil serta 353 daripadanya adalah akhbar harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan