Kata Ganti Nama

Dalam bahasa Tamil, kata-kata ganti nama ini boleh digunakan untuk menggantikan nama bagi penutur. Berikut adalah senarainya untuk rujukan.
  • நான் saya
  • நீ awak
  • அவன் dia (mas.)
  • அவள் dia (fem.)
  • நாங்கள் kami
  • அவர்கள் mereka
Untuk contoh ayat, sila klik di sini.
Kata Ganti Nama Objek

Hal ini adalah sama dengan bahasa Inggeris. Tiada dalam bahasa Melayu. Biasanya Kata Ganti Nama Objek ini berada selepas Kata Sendi Nama.  
  • என்னை me
  • உன்னை you
  • அவனை him
  • அவளை her
  • எங்களை us
  • அவர்களை them
Untuk contoh ayat, sila klik di sini.
Kata Ganti Nama Posesif

Kata ini menunjukkan kepunyaan penutur yang diwakili oleh Kata Ganti Nama itu. Berikut adalah contohnya.
  • என்னுடைய saya punya
  • உன்னுடைய awak punya
  • அவனுடைய dia (mas.) punya
  • அவளுடைய dia (fem.) punya
  • எங்களுடைய kami punya
  • அவர்களுடைய mereka punya
Untuk contoh ayat, sila klik di sini.

Kata Ganti Nama Demonstratif

Kata Ganti Nama Demonstratif dalam bahasa Tamil adalah seperti ini dan itu dalam bahasa Melayu. Mereka juga mempunyai bentuk jamak atau plural bagi Kata Nama yang jamak atau plural. Untuk contoh ayat, sila rujuk di sini.